Nasi goreng kerabu tidak asing lagi bagi penggemar masakan panas. Terkenal di restoran Thai, ia merupakan nasi yang digoreng bersama ulam-ulaman bagi memberi rasa dan aroma yang menyedapkan.
Terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba, tapi di sini kami ingin berkongsi yang paling mudah dan sedap yang telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Nasi Goreng Kerabu, Penuh Aroma Wangi Boleh Buat Sesiapa Pun Terliur Untuk Cuba
Bahan-bahan
- 3 cawan nasi
- Udang
- 2 sudu ikan bilis (digoreng)
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 batang cili hijau (dihiris)
- 1 batang serai (dihiris)
- 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
- 3 helai daun limau purut (dihiris)
- Petai
- 2 batang kacang panjang (dipotong)
- 2 hingga 3 biji telur ayam
- Garam
- Serbuk perasa
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 2 hingga 3 sudu besar sos ikan
Cara-caranya
- Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis bilis hingga garing.
- Kemudian, pecahkan telur ayam dan masak sehingga masak. Angkat dan ketepikan semua.
- Minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili hijau.
- Tambahkan udang, serbuk lada putih dan goreng sehingga masak.
- Masukkan lada putih, bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai.
- Letakkan perasa, garam, nasi , ikan bilis dan telur yang digoreng tadi. Gaul rata.
- Akhir sekali, letakkan sos ikan dan goreng sehingga sedikit berasap sebelum dihidangkan.
Nampak begitu menyelerakan hidangan ini, kan? Penggemar nasi goreng perlu cuba. Ulam-ulaman itu memberikan rasa yang begitu sedap!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Nurul Ateekah
Baca Juga: Resepi Laksa Mi Pangkor Merecik! Confirm Hidangan Ini Jadi Penambat Hati Cik Abe