Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Pandan Cheesecake Versi Ekspress, Tak Perlu Kukus Atau Bakar Pun Tetap Sedap

Resepi Pandan Cheesecake Versi Ekspress, Tak Perlu Kukus Atau Bakar Pun Tetap Sedap

Kategori: ,
Pandan Cheesecake Versi Ekspress

Pandan cheesecake merupakan jenis kek yang sangat digemari ramai sehingga hampir kesemua bakeri akan menyediakannya. Laku keras, anda boleh membeli kek ini tapi jika nak jimat, boleh juga buat sendiri di rumah.

Namun ramai yang takut untuk membuatnya kerana menyangka bahawa penyediaannya susah dan memakan waktu. Tak juga! Jika nak cepat, anda boleh cuba resepi pandan cheesecake versi ekspress ini yang telah dikongsikan oleh Syafawatie Yatiey di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Memang mudah dan cepat, jom baca untuk ketahui caranya.

Resepi Pandan Cheesecake Versi Ekspress, Tak Perlu Kukus Atau Bakar Pun Tetap Sedap

Bahan-bahan

  • 1 biji kek span perisa pandan
  • 3 hingga 4 sudu besar susu pekat
  • 250 gram cream cheese
  • 3/4 kotak whipping cream
  • Susu segar full cream atau susu low fat
  • Cheese cheddar Pandan Cheesecake Versi Ekspress

Cara-caranya

  1. Dalam mangkuk, masukkan cream cheese, susu pekat. Mix sehingga sebati. Pandan Cheesecake Versi Ekspress
  2. Dah sebati, masukkan whipping cream. Mix sekejap sahaja untuk bagi sebati. Pandan Cheesecake Versi Ekspress
  3. Masukkan susu segar pula. Bahagian ini ikut selera anda lah ya nak cair setakat mana. Tiada sukatan untuk susu segar ini, main tuang sahaja. Mix lagi sampai sebati. Pandan Cheesecake Versi Ekspress
  4. Bila sudah pekat, tuang cheese tadi atas kek seperti ini. Hentak-hentak sikit supaya cheese turun bawah. Pandan Cheesecake Versi Ekspress
  5. Akhir sekali, parutkan cheddar cheese sebanyak suka anda. Dah siap boleh sejukkan dalam peti ais selama 2 hingga 3 jam.
  6. Selepas keju itu sedikit menggeras boleh la makan. Pandan Cheesecake Versi Ekspress

Dah siap akhirnya kek pandan cheesecake versi ekspress ini. Tak perlu sepah, cuma perlu masukkan dalam peti sejuk sahaja untuk menyiapkannya. Rasa pun sangat sedap, sebijik dengan yang bakeri punya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Syafawatie Yatiey di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Kek Marble Bajet, Guna 5 Bahan Saja Pun Tetap Gebu & Moist

tags: | |