Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Pasta Bisque Udang Masam Dan Manis, Menu Yang Agak ‘Rare’

Resepi Pasta Bisque Udang Masam Dan Manis, Menu Yang Agak ‘Rare’

Kategori: ,
pasta

Pasta Bisque Udang mempunyai rasa masam dan manis yang seimbang mampu memikat hati ramai orang. Mesti ramai yang belum tahu resepi ni, kan? Kalau anda dah puas makan spageti bolognese dan carbonara boleh la pula cuba resepi ini. Amat mudah dan terasa seperti makanan di restoran mahal.

Jom cuba resepi Pasta Bisque Udang yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Faceboo. Menu ini tentu dapat menawan hati anak-anak dan suami anda.

Resepi Pasta Bisque Udang Lazat Dan Mudah

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg udang
  • ½ paket spageti
  • 1 batang lobak merah
  • 1 sudu pes tomato
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cawan air
  • 100ml krim masakan
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu emping cili kering (chili flakes)
  • 1 batang daun bawang
  • garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA

  1. Kupas udang dan belah belakangnya terlebih dahulu.
  2. Kulit udang tadi kita tumis sikit, dan kemudian rebus selama 20 minit untuk dapatkan pati udang.
  3. Goreng kilas isi udang di atas kuali leper. Boleh gunakan mentega atau minyak untuk goreng. Goreng sekejap sahaja supaya udang tidak kering.
  4. Potong kasar-kasar bawang putih, lobak merah, dan cili. Kemudian, goreng dahulu bahan-bahan yang sudah potong.
  5. Apabila bawang dan lobak dah terkaramel, masukkan tomato yang dah dipotong dadu. Tumis sampai tomato layu.
  6. Kemudian, masukkan air rebusan udang tadi dalam kuali yang sama. Tapis air udang dan reneh sampai jadi pekat.
  7. Pekat macam ni, kemudian pindah ke dalam pengisar.
  8. Kisar sampai halus. Kemudian, masukkan balik ke dalam kuali untuk kita perasakan sampai jadi sedap.
  9. Masukkan krim masakan untuk beri lemak pada sos ni nanti. Kalau tiada krim masakan, boleh guna susu sejat atau heavy cream. Kalau tiada juga, boleh je guna susu segar penuh lemak (full cream).
  10. Masukkan garam, gula, dan lada hitam mengikut citarasa masin-masing.
  11. Boleh masukkan sedikit pes tomato untuk seimbangkan rasanya kerana sos ni berlemak maka kena ada sedikit masam.
  12. Kemudian, masukkan udang ke dalam sos tadi. Nak makan begini sahaja pun dah boleh. Kira macam makan Prawn Bisque Soup. Tapi hari ini saya nak makan dengan pasta.
  13. Masukkan pasta yang dah direbus al dente (kenyal), dan gaul rata. Masih sempat kalau nak ubah suai garam dan gula pada masa ni. Dah puas hati, siap untuk dihidang.

Tada, dah siap Pasta Bisque Udang! Hasilnya amat menyelerakan. Udang masih berjus dan gebu. Kuahnya terasa lemak, manis, masin dan pedas. Tak terlalu muak. Ada juga rasa masam tomato dan rasa manis yang datang dari lobak merah dan bawang Holland. Amat sesuai untuk dihidangkan kepada anak-anak. Mereka pasti suka.

Selamat Mencuba!

Kredit resepi dan foto: Kamarul Ariffin Nor Sadan Via MaMa

Baca Juga: “Sedapnya Fettuccine Sayang, Tak Muak” Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Fettuccine Carbonara Mushroom’ Yang Di Puji Suaminya

tags: | | | |