Selain aneka biskut dan kuih-muih, roti juga sangat sesuai untuk dihidangkan buat para tetamu untuk Raya nanti. Enak dan sesuai dicicah dengan minuman, ia sebenarnya mudah sahaja untuk disediakan di rumah anda sendiri.
Jika anda ingin ke dapur untuk cuba menyediakannya sendiri, ikuti resepi roti sarang lebah ini yang telah dikongsikan oleh Seha Tam di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Sangat mudah dan ringkas sahaja, pilihan sesuai untuk beraya nanti.
Cara Buat Roti Sarang Lebah, Sesuai Dihidangkan Buat Para Tetamu Untuk Raya Nanti
Bahan A
- Air suam
- 1 paket yis kering
- 60gram gula
Bahan B
- 580gram tepung high protein
- 2 sudu besar bread improver (dapatkan di sini)
- 1 sudu besar susu tepung
- 2 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 2 hingga 3 sudu marjerin
Bahan Hiasan
- Kuning telur (untuk disapu diatas roti)
- Badam
- Bijan hitam
- Kuaci
Cara Penyediaan
- Satukan bahan A biar sampai yis kembang.
- Satukan bahan B, gaul nanti akan jadi macam serbuk roti.
- Masukkan yis yang dah kembang tadi ke dalam bahan B. Kalau tak cukup air, boleh tambahkan dengan air biasa sahaja sampai menjadi doh.
- UIi doh dalam 5 hingga 10 minit. Biarkan doh tertutup sampai doh kembang dua kali ganda.
- Bila dah kembang, tumbuk-tumbuk bagi keluarkan angin.
- Kemudian, boleh bulat-bulat kecil dan letakkan dalam loyang yang telah digris dengan majerin.
- Tutup dahulu biar doh kembang.
- Bila dah kembang boleh sapukan kuning telur dan letakkan bahan hiasan lain di atas.
- Bakar pada suhu 170 darjah c selama 20 minit sehingga keperangan.
Mudah sahaja resepi roti sarang lebah yang telah dikongsikan ini, kan? Jadi jika anda berkesempatan nanti, anda wajib mencubanya untuk Raya nanti. Tentunya tetamu anda akan menggemarinya. Enak juga dimakan dengan sos karamel atau susu pekat.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.
Kredit: Seha Tam di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Sejuk Tekak Bila Dimakan, Ini Resepi Puding Green Tea Cincau Yang Sesuai Sebagai Pencuci Mulut Di Bulan Puasa