Untuk tampil cantik dan sihat, setiap orang perlu mengamalkan gaya pemakanan sihat. Bagi mereka yang berazam untuk turunkan berat badan, kuantiti dan kandungan makanan akan dikawal.
Akhirnya ada juga yang sanggup berlapar kerana mengelakkan mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Walaupun penulis bukanlah ahli nutrisi untuk memberi nasihat tapi makanan berkarbohidrat sangat diperlukan untuk tubuh badan.
Jika diambil dalam kuantiti yang sederhana, ia mampu memberi tenaga yang diperlukan. Jika anda mencari resepi yang rendah karohidrat dan mampu mengenyangkan perut, cuba resepi salad black chana yang telah dikongsikan oleh cik Visalakshi Suparamaiam di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ini.
Resepi Salad Black Chana, Rendah Karbo Tapi Sangat Mengenyangkan. Menu Sesuai Untuk Mereka Yang Diet
Bahan-bahan
- Kacang chana
- Air
- Garam
- Gula melaka
- Serbuk soda bikarbonat
- Tomato (dipotong kiub)
- Bawang holland (dipotong kiub)
- Timun (dipotong kiub)
- Jus lemon
- Avocado (jika ada)
Cara penyediaan
- Rendam kacang chana selama 24 jam. Kemudian, biarkan kacang yang dah direndam itu bercambah.
- Selepas rendam, buang airnya. Masukkan kacang chana dalam satu kain putih yang agak nipis dan cover kain tersebut. Biarkan kain basah sedikit.
- Selepas hampir 24 jam, kacang chana akan bercambah.
- Kacang elok bercambah, rebus menggunakan pressure cooker. Masa rebus tambahkan sedikit garam, gula melaka dan sedikit soda bikarbonat.
- Bila dah siap masak dan kacang sudah empuk, tapis airnya.
- Campurkan tomato, bawang dan timun.
- Sebelum makan, tambahkan avocado dan sedikit perahan jus lemon.
Akhirnya dah siap salad black chana ini. Bagi anda yang belum lagi tahu, kacang merupakan antara sumber karbohidrat yang baik dan mampu memberikan tenaga. Jika anda mengelakkan mengambil nasi, boleh lah cuba resepi ini.
Pihak Daily Makan juga ingin berterima kasih pada cik Visalakshi Suparamaiam yang tidak keberatan untuk memberi kebenaran untuk berkongsi resepi ini. Anda juga boleh mengikutinya untuk ketahui banyak lagi resepi lain yang menarik darinya.
Kredit: Visalakshi Suparamaiam di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Bubur Asyura Utara Yang Paling Ringkas Tapi Lazat Tak Terkata!