Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Nak Lauk Makan Malam Yang Ringkas & Sedap? Cubalah Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Ini

Nak Lauk Makan Malam Yang Ringkas & Sedap? Cubalah Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Ini

Kategori: ,,
Sambal Kentang Ikan Bilis

Untuk makan malam, semestinya kita mahukan hidangan yang enak tapi mudah untuk disediakan setelah seharian bekerja. Jika anda penggemar lauk sambal, tentunya anda ingin mencuba hidangan sambal yang sedap dan senang sahaja untuk dimasak di rumah.

Kalau nak tahu, sambal kentang ikan bilis antara yang paling mudah sahaja untuk disediakan di dapur rumah. Ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di grup Masak Apa Hari Ni.

Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis

Bahan-Bahan

  • 5 sudu besar ikan bilis (dicuci dan toskan)
  • 4 hingga 5 biji ubi kentang
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Gula
  • Garam

Bahan Cili Kisar

  • 10 batang cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih Sambal Kentang Ikan Bilis

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan (angkat dan ketepikan). Sambal Kentang Ikan BilisSambal Kentang Ikan Bilis
  2. Kemudian, masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup (angkat dan ketepikan). Sambal Kentang Ikan Bilis
  3. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  4. Sementara itu, kisarkan bahan-bahan cili kisar menggunakan blender. Sambal Kentang Ikan Bilis
  5. Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak atau sambal masak dengan sempurna.
  6. Kemudian masukkan serbuk perasa atau gula dan gaulkan. Sambal Kentang Ikan Bilis
  7. Masukkan ubi kentang, ikan bilis dan bawang yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika. Sambal Kentang Ikan Bilis
  8. Angkat dan siap untuk dihidang. Sambal Kentang Ikan Bilis Sambal Kentang Ikan Bilis

Resepi ini mudah sahaja untuk disediakan. Jika anda sudah kehabisan idea untuk hidangan makan malam yang menarik, cubalah resepi ini. Rasa sambal itu yang manis, masin, pedas dan masam tentunya akan menjadi kesukaan anda.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Nurul Ateekah via MAHN

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Sayur, Mudah Sahaja Nak Buat Sendiri Di Rumah

tags: | |