Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Sup Ayam Versi Sihat. Tanpa Tumis & Minyak Masak Tambahan Tetap Sedap!

Wanita Ini Kongsi Resepi Sup Ayam Versi Sihat. Tanpa Tumis & Minyak Masak Tambahan Tetap Sedap!

Kategori: ,,
Sup Ayam Versi Sihat

Semenjak kenaikkan harga minyak masak, orang ramai mula berjimat-cermat dan mengehadkan penggunaannya. Selain menggunakan air fryer (anda boleh dapatkan di sini), pelbagai resepi jimat minyak yang telah diolah.

Antaranya adalah sup ayam versi sihat ini. Selalunya rempah dan bawang yang digunakan dalam mana-mana resepi sup ayam akan ditumis terlebih dahulu tapi resepi yang telah dikongsikan oleh Nik Nur Adilin ini tak memerlu anda berbuat begitu. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Wanita Ini Kongsi Resepi Sup Ayam Versi Sihat. Tanpa Tumis & Minyak Masak Tambahan Tetap Sedap!

Bahan-bahan

  • 6 ketul daging ayam (guna rangka dan drumstick)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • Sehiris halia (ditumbuk kasar)
  • Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)
  • Ubi kentang
  • Air
  • Daun sup
  • Garam
  • Bawang goreng (boleh dapatkan di sini)

Cara penyediaan

  1. Masukkan ayam, bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Isikan dengan air hingga ayam tenggelam. Buka api secara perlahan dan tutup periuk.
  2. Di pertengahan itu, boleh letakkan ubi kentang.
  3. Bila terbit minyak asli dari ayam itu, tandanya sup dah masak. Boleh letakkan daun sup dan bawang goreng.
  4. Boleh letakkan garam untuk perasakan.
  5. Siap dan sedia untuk dihidangkan untuk keluarga anda. Sup Ayam Versi SihatSup Ayam Versi SihatSup Ayam Versi Sihat Sup Ayam Versi Sihat

Ternyata sup ayam versi sihat ini lebih mudah dari resepi sup ayam yang biasa, kan? Ringkas dan tak memerlukan minyak masak, ia sesuai juga untuk si ibu sediakan buat anak-anak di rumah. Ia lebih sihat untuk mereka!

Selamat mencuba!

Kredit: Nik Nur Adilin

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Kasturi, Tentunya Mudah Sahaja Untuk Dicuba Semua

tags: | |