Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pernah Viral, Ini Dia Resepi Telur Awan Yang Gebu & Lain Dari Yang Lain

Pernah Viral, Ini Dia Resepi Telur Awan Yang Gebu & Lain Dari Yang Lain

Kategori: ,
telur awan

Telur ayam merupakan bahan dapur yang perlu ada di dapur kerana ia sangat mudah untuk digunakan dalam pelbagai jenis resepi. Ia juga boleh dijadikan sarapan pagi yang sihat kerana sangat tinggi dengan protein.

Selain direbus, terdapat pelbagai resepi sihat yang anda boleh cuba dengannya. Antaranya ialah hidangan telur awan ini yang pernah viral ketika dahulu. Kali ini kami ingin mengembalikannya dengan berkongsi resepi yang telah diolah oleh Rose Ismail di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Pernah Viral, Ini Dia Resepi Telur Awan Yang Gebu & Lain Dari Yang Lain

Bahan-bahan

  • Telur ayam
  • Keju parmesan (diparut) – dapatkan di sini
  • Garam
  • Lada hitam
  • Bijan
  • Daun bawang telur awan

Cara-caranya

  1. Pecahkan telur satu persatu. Kiraan berapa biji telur adalah mengikut berapa orang makan.
  2. Asingkan kuning telur daripada putih telur (boleh guna cara sedutan botol kosong agar mudah untuk asingkan telur).
  3. Masukkan parutan keju parmesan, garam serta lada hitam sesedap rasa ke dalam putih telur.
  4. Pukul menggunakan pemutar elektrik hingga putih telur ringan seperti tekstur meringue.
  5. Alaskan dulang pembakar dengan kertas pembakar atau sembur ia dengan baking spray terlebih dahulu untuk mengelakkan telur melekat pada logam dulang dan sukar dialihkan kemudian.
  6. Ceduk putih telur menggunakan senduk lalu letak ia setempat di atas dulang. Dengan sudu, lengkungkan bahagian tengah putih telur untuk letakkan kuningnya nanti.
  7. Bakar selama 5 hingga 8 minit pada suhu 230 darjah celcius sehingga putihnya menjadi garing sedikit. telur awan
  8. Keluarkan putih telur yang menyerupai awan dari oven dan letakkan kuning telur di bahagian lengkungan tengahnya. telur awan
  9. Masukkan kembali dulang ke dalam ketuhar selama beberapa minit lagi hingga kuning telurnya masak.
  10. Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bijan. Siap untuk dimakan. telur awan telur awan

Tanpa menggunakan minyak masak, telur awan ini merupakan menu sarapan pagi yang sihat untuk dihidangkan buat seluruh keluarga anda. Rupanya yang gebu juga sangat comel, anak-anak tentu suka!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Rose Ismail di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Lauk Feveret Ramai; Ayam Goreng Kunyit Berempah Versi Lebih Sedap & Berperisa

tags: | | |