Telur ayam antara bahan yang wajib ada di dapur. Boleh dimasak dengan pelbagai cara, ia sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin berjimat-cermat.
Selain telur dadar dan sup telur, anda juga boleh menyediakan sambal telur, lauk kesukaan ramai. Nak cuba? Ini resepi telur tumis belacan Terengganu yang telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di grup Masakan Terengganu. Mudah sahaja, jom ketahui caranya.
Resipi Telur Tumis Belacan Terengganu, Bahan Simple & Tak Banyak Tapi Tetap Sedap!
Bahan kisar halus
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Belacan sebesar ibu jari
- 2 batang serai (dipotong kecil_
- 5 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa)
Bahan lain
- Telur ayam (sudah direbus dan dikupas kulitnya)
- 2 batang serai (diketuk)
- 150 ml santan
- Minyak masak untuk menumis
- Air
- Garam
- Gula
- Air asam jawa
- 4 sudu besar cili boh
- Perasa
- 1/2 nisang kerek kecil
Cara-caranya
- Kisar bahan kisar sehingga halus menggunakan pengisar.
- Panaskan minyak, masukkan serai dan tumis sampai wangi.
- Kemudian, masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
- Seterusnya, letakkan bahan kisar, tumis lagi sampai pecah minyak.
- Tambahkan air dan air asam jawa. Bila sudah mendidih, masukkan santan dan tumis lagi sampai pecah minyak.
- Letakkan perasa, nisang garam, gula secukup rasa.
Siap sudah lauk kita ini, nampak sangat sedap walaupun mudah sahaja untuk membuatnya.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Muliadi Ramli
Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Sendiri Rempah Kari Ikan Basah, Lebih Sedap Dari Beli Yang Di Kedai