Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Terung Bakar Air Asam Santan, Bakar Terung Guna Air Fryer Je. Sangat Mudah & Begitu Menyelerakan!

Resepi Terung Bakar Air Asam Santan, Bakar Terung Guna Air Fryer Je. Sangat Mudah & Begitu Menyelerakan!

Kategori: ,
terung bakar air asam santan

Terung merupakan sayuran yang sangat popular dalam kalangan penduduk di Malaysia. Tidak kira sama ada penduduk di kawasan bandar mahu pun kawasan kampung. Rata-ratanya sangat menggemari sayur yang bewarna ungu ini. Di seluruh dunia ini terdapat pelbagai jenis terung antaranya adalah terung belanda, terung cina, terung jepun dan terung susu.

Selain dibuat sayur lemak terung dan terung goreng bercili, sayuran ini juga sangat enak jika dibakar dan dibuat air asam santan. Nak tahu cara betul dan tepat untuk buat Terung Bakar Air Asam Santan? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Salam Tewkesbury ini.

Cara Buat Terung Bakar Air Asam Santan Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan:

  • 2 biji terung saiz kecil
  • 5 ulas cili padi | ditumbuk lumat
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 100 ml santan
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • Beberapa titis sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • 2 sdb jus limau/air asam jawa
  • Hirisan bawang
  • Potongan cili padi

Cara Penyediaan:

  1. Bakar terung terus dalam air fryer suhu 200C selama 15 hingga 20 minit.
  2. Keluarkann dari air fryer dan potong 4. Kulit terung tu tak perlu buang. Boleh makan je. Kalau nak buang juga, boleh buang selepas bakar.
  3. Kemudian taburkan hirisan bawang dan potongan cili.
  4. Masukkan bahan tumbuk, santan, serbuk lada hitam, sos ikan dan garam bersama.
  5. Masak seketika, cukup sekadar santan mula mendidih dan matikan api.
  6. Masukkan jus limau nipis/air asam jawa. Kacau.
  7. Tuang ke atas terung yang sudah kita persiapkan tadi.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Terung Bakar Air Asam Santan ini? Nak bakar tu guna air fryer je, sangat mudah dan sekejap je. Tak perlu nak masukkan ke dalam oven atau pun bakar atas dapur gas dan arang. Masukkan sahaja dalam air fryer kemudian tunggu seketika. Bukan sahaja mudah, malah rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan.

Kredit: Salam Tewkesbury

Baca juga: Resepi Sambal Ikan Bilis Kering, Sedap & Tahan Lama. Sesuai Untuk Orang Malas!

tags: | | |