Terung merupakan sayuran yang mempunyai pelbagai kebaikan kepada terung. Jadi tidak hairan kenapa ia sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti terung goreng crispy, terung goreng berlada, terung masak lemak putih dan sebagainya.
Jika anda mencuba resepi terung yang baru, boleh lah cuba resepi terung tumis belacan yang dikongsikan oleh Hawa Aziz di group Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan. Nampak sungguh menyelerakan! Satu pinggan mesti tak cukup ni. Jom baca perkongsian penuh olehnya.
Resepi Terung Tumis Belacan
Bahan-Bahan
- 3 batang terung (dipotong-potong)
- Bawang merah (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Sedikit belacan
- 2 sudu sos tiram (guna jenama ini untuk rasa yang lebih enak)
Cara-Cara Penyediaan
- Goreng terung yang dipotong-potong dengan sedikit minyak. Bila terung dah berubah warna, angkat.
- Tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.
- Masukkan sos tiram dan sedikit belacan. Kemudian, gaul hingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan terung dan gaul sehingga sebati. Tutup api.
Nota: Untuk resepi ini tidak dimasukkan garam sebab masin dari belacan dan sos tiram sudah mencukupi.
Bagi peminat lauk terung, anda boleh cuba resepi mudah ini. Tak perlu susah-susah, bahan-bahan pun mudah didapati. Tengok gambar pun rasa sangat berselera, kan? Bila di dapur, boleh lah cuba resepi terung tumis belacan ini. Jika anda tak minat terung pun mesti suka nanti bila cuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini kepada rakan-rakan.
Kredit: Hawa Aziz via BIKMM
Baca Juga: Resepi Melayu: Sambal Terung