Kuih Bingka Tepung Beras adalah antara kuih tradisional yang popular hingga ke hari ini. Proses untuk hasilkan kuih ini haruslah dibakar menggunakan sabut kelapa untuk siapkannya. Walaupun agak mengambil masa untuk siapkan namun rasanya sangat sedap!
Ini resipi Bingka Tepung Beras versi Airfryer yang anda boleh lakukan sahaja di rumah anda!
Dulu Bakar Guna Sabut Kelapa Kini Hanya Guna Air Fryer, Resipi Bingka Tepung Beras Kuih Tradisional Zaman Berzaman
Resipi Bingka Tepung Beras versi Airfyer ini dikongsikan oleh Eniza M. Salim lalu dikongsikan semula di Facebook Page Rencah.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3 1/2 cawan santan
- 1/2 cawan gula pasir atau gula perang
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaannya:
- Campur semua. Masak atas api sampai likat, sambil kacau-kacau dalam keadaan api perlahan sahaja.
- Sapu loyang dengan minyak atau butter dan tuangkan adunan ke dalam loyang
- Bakar menggunakan airfryer 180 dalam masa 30 minit.
Senang sahaja, tidak perlu cari sabut kelapa. Hanya gunakan sahaja airfyer yang ada di rumah anda dan dapat hasilkan yang sangat sedap ini!
Kredit: Eniza M. Salim
Baca Juga: Perlu Cuba Resepi Bingka Pulut, Kuih Tradisional Yang Mudah Sahaja Untuk Buat Sendiri Di Rumah