Langkau ke kandungan

Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’ Hanya Guna Sukatan Cawan, Sesuai Dijadikan Kudapan Raya

Resipi

7 bahan, 7 langkah

Terus ke resipi
Biskut Dam

Biskut dam, kuih dulu-dulu yang popular dan menjadi kegemaran ramai. Sesuai dijadikan sebagai kudapan raya. Memang confirm laku! Sedap sangat dan cara buatnya pun mudah. Jom cuba!

Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’ Hanya Guna Sukatan Cawan, Sesuai Dijadikan Kudapan Raya

Bahan-bahan:

  • 1 buku buttercup (250g) (atau 1 cawan planta/marjerin
  • 3/4 cawan gula halus (boleh ganti susu pekat manis 1 tin)
  • 1 biji telur ayam saiz A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Gaulkan buttercup/marjerin/planta dengan gula sampai sebati.
  2. Masukkan telur & esen vanilla. Kacau.
  3. Masukkan tepung jagung & tepung gandum. Uli sampai tak lekat di tangan. Kalau masih melekat, tambahkan tepung jagung.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian gaulkan dengan serbuk koko.Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’ Hanya Guna Sukatan Cawan, Sesuai Dijadikan Kudapan Raya
  5. Buat potongan & susun selang seli seperti dlm gambar.Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’ Hanya Guna Sukatan Cawan, Sesuai Dijadikan Kudapan Raya
  6. Potong guna benang.Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’ Hanya Guna Sukatan Cawan, Sesuai Dijadikan Kudapan Raya
  7. Bakar api atas bawah 170° 20-30 minit (ikut oven masing²).Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’ Hanya Guna Sukatan Cawan, Sesuai Dijadikan Kudapan Raya

Kredit: ‎Midah Mohamad‎ 

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat ‘Popia Cheese Krup Krap’, Mudah Sangat Guna 3 Bahan Je

 

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga