Kadang-kadang ada hari yang kita malas nak memasak tetapi terpaksa juga memasak kerana risau pula anak-anak kita tak makan. Jadi, cubalah untuk mencari resipi-resipi yang mudah sahaja untuk mudahkan kita memasak dan mencari bahan.
Ini Resipi Kubis Goreng Campak-Campak yang boleh mengubati kemalasan anda.
Rasa Malas Nak Masak Tapi Nak Masak, Ini Resipi Kubis Goreng Campak-Campak! Boleh Guna Kalau Ada Kubis Lebih Dalam Peti Ais
Resipi Kubis Goreng Campak-Campak ini dikongsikan oleh Resepi Mudah di laman media sosial TikToknya. Banyak idea resipi-resipi mudah yang menarik di TikTok beliau.
Bahan-Bahan:
- Separuh kubis
- 3 biji telur
- Bawang putih (cincang)
- Cili Hijau (cincang)
- Lobak merah
- Kicap pekat
- Kicap cair
- Sos tiram
- Garam
- Gula
Cara Penyediannya:
- Belahkan sebiji kubis dan ambil separuh sahaja untuk masakan ini. Potongkan nipis-nipis untuk lebih cepat masak.
- Kemudian pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk dan panaskan kuali untuk gorengkan telur di atas pan. Gaulkan dan hancurkan. Ketepikan.
- Selepas itu, tumiskan bawang putih dan cili hijau sehingga naik aroma yang sedap.
- Masukkan kubis dan lobak merah yang telah dipotong ke dalam bahan tumisan tadi.
- Kemudian, masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, garam dan gula. Gaulkan.
- Akhir sekali, masukkan telur yang telah digoreng dan gaulkan bersama ke semua bahan-bahan tadi.
Dah siap, mudah bukan Resipi Kubis Goreng Campak-Campak! Boleh guna bahan-bahan yang ada dalam peti sahaja nak hasilkan menu mudah ini.
Selamat Mencuba!
@resepimudahsimple Kalau ada kubis lebih kat peti ais, boleh cuba. #resepimudah #resepisimple #resepitiktok #makanthon #masakdirumah
@resepimudahsimple Kalau ada kubis lebih kat peti ais, boleh cuba. #resepimudah #resepisimple #resepitiktok #makanthon #masakdirumah ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata
Kredit: Resepi Mudah
Baca Juga: Masak Lemak Kubis Jadi Kesukaan Keluarga, Makan Pula Dengan Budu Dan Sambal!