Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resipi Roti Pisang Rangup Sedap Yang Amat! Sesuai Buat Untuk Sarapan Pagi

Resipi Roti Pisang Rangup Sedap Yang Amat! Sesuai Buat Untuk Sarapan Pagi

Kategori: ,
roti pisang

Pernah tak rasa bosan bila makan roti bakar bersama marjerin atau apa-apa jem lain? Mesti pernah kan? Sebenarnya dengan roti tu macam-macam yang boleh dibuat seperti roti pisang rangup.

Selain roti telur, roti juga boleh dibuat roti pisang bakar yang rangup. Tabur cheese sikit, memang sedap sangat. Ada rasa manis pisang dan cheese.

Hidangan macam ni paling disukai oleh golongan kanak-kanak. Boleh juga dibuat bekal untuk anak-anak bawa ke sekolah.

Cara Buat Roti Pisang Rangup

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia keping
  • Pisang masak
  • Majerin
  • Kuning telur
  • Gula perang – kalau takde, boleh letak gula putih tapi jangan banyak sangat.
  • Cheddar cheese

Cara penyediaan:

  1. Sapu marjerin atas roti.
  2. Susun pisang mengikut kreativiti anda sendiri.
  3. Sapu lagu marjerin dan kemudian sapukan pula kuning telur.
  4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.
  5. Bakar menggunakan Air Fryer dengan suhu 180 C selama 5-7 minit.
  6. Siap untuk dimakan.

Mudah sahaja kan nak buat Roti Pisang ini? Anak-anak pasti suka punya kalau sediakan sarapan roti sebegini untuk mereka. Hari-hari minta lepas ni.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Hamizah Zakaria Via MAHN

Baca juga: Cara Mudah Buat Ketupat Guna Daun Pisang. Lebih Wangi, Lembut & Berlemak!

tags: | |