Untuk para ibu yang bekerjaya yang tidak sempat untuk memasak. Mesti banyak dalam fikiran nak masak apa kan? Kalau boleh nak masak benda paling mudah tapi sedap dimakan bersama seisi keluarga.
Resipi Sup Suhun Telur ini sangat sesuai untuk selesaikan masalah para ibu atau suri rumah sendiri untuk sediakan makanan kepada keluarga.
Hilang Idea Nak Masak Apa Untuk Makan Malam? Ini Dia Resipi Paling Mudah Untuk Dibuat, Resipi Sup Suhun Telur
Resipi Sup Suhun Telur ini dikongsikan oleh Nad | Masak Resipi Simple di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau kongsikan pelbagai resipi yang menarik dan simple yang boleh ikuti beliau, untuk mudahkan anda untuk memasak.
Bahan-Bahan:
- Minyak
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lobak
- Air
- Stok ayam
- Cili merah
- Fucuk
- 2 biji telur
- Suhun
- Sawi
Cara Penyediaannya:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan.
- Masukkan lobak merah dan air. Biarkan ianya mendidih seketika.
- Selepas itu, masukkan stok ayam, cili merah dan tambahkan air jika kuah sudah mengering.
- Masukkan fucuk, pecahkan 2 biji telur, suhun dan sawi. Gaulkan supaya tidak melekat di kuali.
- Ambil senduk dan kautkan telur bersama kuah di dalam mangkuk besar untuk dihidangkan.
@nadma.sak Sup Suhun Telur 🫰 So simple and sedap #resepisimple #resepimudah #resepimalaysia #resepisup
@nadma.sak Sup Suhun Telur 🫰 So simple and sedap #resepisimple #resepimudah #resepimalaysia #resepisup ♬ cheeze – Sarah Kang
Resipi Sup Suhun Telur ini sesuai dimakan bersama ikan goreng atau ayam goreng. Memang akan tambah nasi sehingga kenyang!
Selamat Mencuba!
Kredit: Nad | Masak Resipi Simple