Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Sup Thai Viral Paling Sedap Hingga Dapat 163K Share Di Facebook, Jom Buat Sup Rasa Kick Ini!

Resipi Sup Thai Viral Paling Sedap Hingga Dapat 163K Share Di Facebook, Jom Buat Sup Rasa Kick Ini!

Kategori: ,
Sup Thai Viral

Kalau anda bosan makan sup biasa seperti sup ayam atau daging, apa kata cuba resipi Sup Thai Viral yang sedap dihirup ni. Memang best perkongsian Hajal Aishah Zakirai ini hingga dapat perkongsian 163 ribu di Facebook. Terbukti mantap.

Walaupun dia hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, tapi rasanya memaang padu dan best. Sama macam di kedai Siam. Jom buat sekarang Sup Thai Viral ini!

Resipi Sup Thai Viral Paling Sedap Hingga Dapat 163K Share Di Facebook, Jom Buat Sup Rasa Kick Ini!

Bahan-Bahan:

  • bawang besar
  • daun limau purut
  • serai
  • bawang putih
  • halia
  • sup bunjut
  • sos ikan
  • sayur pilihan
  • jus lllimau nipis
  • daun ketumbar
  • garam dan gula secukupnyaSup Thai Viral

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk.Sup Thai Viral
  2. Kemudian masukkan bawang besar, serai, daun limau purut dan sup bunjut. Tumis sehingga layu dan wangi.Sup Thai Viral
  3. Dah wangi bahan tumis tadi, masukkan air biarkan sehingga mendidih.Sup Thai Viral
  4. Masukkan ayam atau daging yang sudah dihiris nipis dan cuci bersih. Biarkan masak sehingga empuk.Sup Thai Viral
  5. Masukkan sayur, tomato, sedikit sos ikan dan jus limau nipis secukupnya.Sup Thai Viral
  6. Masukkan garam, gula dan secukup rasa. Biarkan reneh sekejap dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa tabur daun ketumbar.Sup Thai Viral

Dah siap Sup Thai Viral yang memikat selera kita ni. Nak hirup sahaja pun sedap, makan dengan nasi panas pun sedap! Boleh makan dengan sambal belacan, timun jepun dan telur dadar. Hidangan yang boleh buat nasi bertambah.

Mudah sahaja kan? Jangan lupa cuba ya.

Sumber: Hajal Aishah Zakirai

Baca juga: Resipi Sup Ikan Siakap Ala Kelantan, Rasa Masam-Masam Memang Jadi Pembuka Selera. Sesuai Kalau Nak Diet

tags: | |