Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Restoran Kocha Lala Sediakan Hidangan Kampung Walau Dalam Bandar, Banyak Makanan Yang Sarat Dengan Nostalgia. Jom Singgah!

Restoran Kocha Lala Sediakan Hidangan Kampung Walau Dalam Bandar, Banyak Makanan Yang Sarat Dengan Nostalgia. Jom Singgah!

Kategori:
Restoran Kocha Lala

Dalam hutan konkrit yang dipenuhi dengan pelbagai makanan moden, terdapat sebuah restoran yang masih mengekalkan keaslian makanan daripada kampung. Makanan kampung sememangnya tidak boleh lari dengan nostalgia kerana kerinduan untuk menikmati makanan sebegini agak sukar jika anda berada di bandar.

Oleh itu, bagi mereka yang tinggal di bandar, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke restoran Kocha Lala kerana hidangan kampung di sini boleh memadamkan rindu kepada masakan di halaman kampung yang tercinta.

Restoran Kocha Lala Sediakan Hidangan Kampung Walau Dalam Bandar, Banyak Makanan Yang Sarat Dengan Nostalgia. Jom Singgah!

Terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, restoran Kocha Lala akan memberikan anda suasana yang klasik dengan konsep makanan kampung Negeri Sembilan, Kedah dan juga Pahang. Bertemakan restoran kampung, rekaan dalaman restoran juga bakal mengubat rindu anda dengan suasana yang penuh nostalgia.

Sambil menjamu selera makanan tradisional yang ada, anda boleh menikmati hiasan dinding yang dihiasi dengan lukisan pemandangan kampung dan pastinya ia menggamitkan rasa syahdu ketika makan di sana.

Nak Tahu Hidangan Kampung Menarik Di Sini? Ini Antara Senarai Menu Yang Bakal Mengahantui Anda Dengan Rasa Klasik Tersendiri:

  • Daging Salai Masak Lemak Cili Api
  • Jenahak Laut Segar Asam Pedas
  • Sotong Crispy
  • Rendang Ayam Pencen
  • Rendang Daging Batang Pinang
  • Udang Laut Masak Sambal
  • Udang Laut Masak Tempoyak
  • Terung Berlado
  • Paru Berlado
  • Pucuk Paku Tumis Bilis
  • Jenahak Masak Lemak Cili Api
  • Tempoyak Daun Kayu Nogori
  • Nasi Lemak Kukus Basmati
  • Mee Kari Udang Galah
  • Teh Tarik

Selain itu, tidak ketinggalan bagi mereka yang inginkan pemanis mulut selepas makan, restoran Kocha Lala turut menghidangkan kek dan pastries untuk pelanggan mereka!

Kalau korang yang berada di bandar atau di mana-mana sahaja teringin sangat nak makan masakan kampung, bolehlah berkunjung ke restoran Kocha Lala ini.

Dah tak perlu memandu jauh untuk dapatkan makanan yang menggamit memori di tengah bandar ini kan?

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk info di bawah:

Lokasi: D2-03-10A TAMARIND SQUARE, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.

No Telefon: 011-27749029

Media Sosial: Instagram & Facebook

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, dari 12.00 PM hingga 8.30 PM

Selamat berkunjung dan menikmati!

Baca Lagi: Sarat Dengan Nostalgia Dan Hidangan Membuka Selera, Ini 7 Tempat Makan Dengan Suasana Klasik Yang Anda Wajib Singgah

tags: | |