Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rider Foodpanda Meninggal Dilanggar Pemandu Mabuk, Netizen Bongkar Kebaikannya Sehari Sebelum Kejadian. Ramai Terkejut..

Rider Foodpanda Meninggal Dilanggar Pemandu Mabuk, Netizen Bongkar Kebaikannya Sehari Sebelum Kejadian. Ramai Terkejut..

Kategori:
rider Foodpanda meninggal dilanggar

Menjadi seorang penghantar makanan ataupun lebih dikenali sebagai rider bukanlah satu hal yang mudah walau ia terlihat senang. Ini kerana, mereka selalu bermain dan bertaruh dengan nyawa kerana pekerjaan mereka memerlukan mereka berada di atas jalan raya pada setiap masa.

Rider Foodpanda Meninggal Dilanggar Pemandu Mabuk, Netizen Bongkar Kebaikannya Sehari Sebelum Kejadian. Ramai Terkejut..

rider Foodpanda meninggal dilanggar

Seperti kata pepatah malang tidak berbau, seorang rider Foodpanda menemui ajal ketika keluar mencari rezeki apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di jalan Segamat, Johor pada hari Rabu, 21 September lepas.

Menurut ahli keluarga, kemalangan itu berlaku apabila mangsa dilanggar oleh seorang pemandu mabuk yang merempuhnya sehingga menyebabkan kematian.

Hal yang lebih memilukan dirasai semua apabila ahli keluarga mangsa, Ainol Fajariah berkongsi satu mesej oleh seseorang yang tidak dikenalinya menceritakan tentang kebaikan arwah sehari sebelum kejadian.

Menurut video yang dikongsi di laman TikTok berkenaan, individu yang dikenali sebagai Nurr menyatakan bahawa arwah telah menolongnya membuka jalan untuk memberi laluan kepadanya ketika dia sedang sakit kerana ingin bersalin.

Difahamkan, Nurr sedang mencari rider Foodpanda berkenaan untuk membalas budi baiknya kerana telah menolong dan memudahkan urusannya.

“Saya baru niat nak mencari dia. Dia tolong saya pada 20 September lepas jam 5 lebih. Saya sakit nak bersalin. Dia bantu buka jalan untuk laluan kami. Ya Allah menggigil saya bila dapat tahu dia orang yang sama,” katanya sebak melalui mesej berkenaan di kisah rider Foodpanda meninggal dilanggar.

rider Foodpanda meninggal dilanggar

https://www.tiktok.com/@ainolfajariahtaiyib/video/7146461575367511322?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@ainolfajariahtaiyib sehari sblom😭 #tiktokpelitfyp ♬ original sound – JajaED

“Arwah Pernah Tolong Wanita Ingin Bersalin, Baru Nak Balas Kebaikan..”

Dalam kisah yang sama, sepuupunya Ainol turut berkongsi bahawa arwah meninggalkan seorang isteri dan juga 3 orang anak yang masih kecil. Menurutnya, arwah selalu menangis atas motor kerapa terlalu rindu akan isteri dan anaknya dan merancang untuk mengambil mereka pulang ke Segamat bersama.

“Arwah dah bernikah, ada 3 orang anak. Yang kedua dan ketiga kembar perempuan. Arwah PJJ dengan isteri anak dan anak-anak. Memang arwah rindu sangat dengan anak-anak dan isterinya.

https://www.tiktok.com/@ainolfajariahtaiyib/video/7146625173834206490?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@ainolfajariahtaiyib Replying to @zubarespect arwah dh bernikah, ada 3org ank.. yg ke2 dan ke 3 kembar girl.. arwah pjj dgn istri dn ank2, memg arwah rndu sgt dgn ank3 n istrinye, slalu menangis ats moto.. n plan hri sbtu mggu yg sama arwah nk amik istri n ank2 blik sgmat.. tpi xsmpat.. #tiktokpelitfyp ♬ original sound – JajaED

“Selalu menangis atas motor dan plan hari Sabtu minggu yang sama arwah nak ambil isteri dan anak-anak balik Segamat,” ceritanya panjang.

Dalam video yang lain, dia juga berkongsi arwah sentiasa duduk termenung seorang diri. Tuhan lebih sayangkan arwah kerana arwah begitu baik dengan orang di sekeliilingnya.

“Allah dah dengar doa. Berkat kesabaran ko Allah naikkan darjat ko. Tenanglah abangku. Rudi Hermawan Bin Sumarno,” ceritanya panjang.

https://www.tiktok.com/@ainolfajariahtaiyib/video/7146616428618059034?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@ainolfajariahtaiyib Allah dh dgar doa kan.. berkat ksabaran ko Allah naikkn darjat ko.. tenanglah abgku. Rudi Hermawan Bin Sumarno.. #tiktokpelitfyp ♬ original sound – JajaED

Tinggalkan Seorang Isteri Dan 3 Anak Kecil

rider Foodpanda meninggal dilanggar

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang mendoakan arwah dan turut bersedih dengan apa yang terjadi.

“Sempat memberi kebaikan kepada manusia lain sebelum pergi. Kita? Apa lah nasib kita nanti,” kata netizen bernama Zeno berkenaan kisah rider Foodpanda meninggal dilanggar.

“Meninggal ketika mencari rezeki, meninggal hari yang baik. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” kata netizen lain mendoakan kesejahteraan arwah.

Semoga Arwah Ditempatkan Dalam Kalangan Beriman

rider Foodpanda meninggal dilanggar

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan beriman. Semoga semua yang sedang keluar berjuang mencari sesuap rezeki di sana dimudahkan urusan. Tuhan bersama kita.

Sumber: Ainol Fajariah

Baca juga: Pelanggan Mengadu Nasi Goreng Pattaya Tak Berbaloi Dengan Harga, Peniaga Ambil Tindakan Lapor Polis

tags: | |