Sagu gula Melaka merupakan salah satu kuih yang dikenali ramai, mudah serta senang untuk didapati. Namun tidak semua yang dijual mempunyai rasa yang sama kerana lain orang lain caranya. Ada segelintir penjual mengurangkan bahan pembuatan dimana menyebabkan rasanya kurang memuaskan. Disini saya kongsikan cara membuah sagu gula Melaka dengan mudah dan sedap untuk dimakan.

Resepi

Sagu:

  • 1 cawan sagu
  • 1 liter air
  • 4 sk perasa sirap ros
  • 2 helai daun pandan

Gula Melaka:

  • 1/2 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air

Santan:

  • 200ml santan/susu cair
  • 1/2 sk garam

Cara Penyediaan

  1. Panaskan air dengan daun pandan, sagu serta perisa sirap. (kacau dengan api yang sederhana)
  2. Apabila sagu sudah masak kembang masukkan ke dalam acuanĀ  (sejukkan dalam peti ais selama 2-3 jam)
  3. Masukkan gula melaka, gula pasir dan air di dalam kuali panas (sampai gula larut sepenuhnya)
  4. Sediakan santan/susu cair, masukkan garam (kacau sehingga sebati)
  5. Tuang bahan2 yang siap di sagu secukupnya dan sedia dihidangkan

SELAMAT MENCUBA !

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 12 times!)