Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Kelakar Wei..” – Gara-Gara Salah Tengok Tarikh Event, Peniaga Ini Terpaksa Hadap Rugi Besar

“Tak Kelakar Wei..” – Gara-Gara Salah Tengok Tarikh Event, Peniaga Ini Terpaksa Hadap Rugi Besar

Kategori:
Salah Tengok Tarikh Event

Mengusahakan sebuah perniagaan bukannya satu hal yang mudah. Disebalik untung dan kesenangan yang dilihat ramai, setiap peniaga sedang menghadapi pelbagai cabaran yang tidak diduga.

Kadang-kadang ia datang tanpa diminta tapi adakalanya ia disebabkan atas kecuaian diri sendiri.

“Tak Kelakar Wei..” – Gara-Gara Salah Tengok Tarikh Event, Peniaga Ini Terpaksa Hadap Rugi Besar

Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang wanita, essesyeenn0910 yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi pengalamannya bagi dijadikan pengajaran untuk semua.

Mengusahakan sebuah perniagaan makanan dan minuman, dia telah dijemput ke sebuah event yang akan diadakan di sekitar sebuah musium untuk menjual produknya pada pengunjung yang akan datang. Salah Tengok Tarikh Event

Barangkali sangat teruja, dia dan pekerja melakukan segala persiapan untuk meniaga pada hari tersebut. Bila tiba ke musium itu, mereka sibuk memasang khemah, gerai serta menghidangkan makanan dan minuman.

Namun puas ditunggu, kelibat pengunjung dan peniaga lain masih lagi belum kelihatan. Salah Tengok Tarikh Event

Bila diperiksa tarikhnya, dia dan pekerja terkejut apabila mendapati mereka telah tersalah tarikh dan datang awal dari yang telah ditetapkan.

Segala makanan dan minuman telah penat disiapkan, wanita itu berasa sangat sedih kerana telah kerugian besar. Tambahan, perkarangan musium tersebut sangat sunyi dan tidak ramai orang ketika itu jadi dia juga tidak akan dapat begitu ramai pelanggan. Salah Tengok Tarikh Event

Sedih, dia hanya mampu berdoa agar terus tabah menghadapi dugaan tersebut.

@essesyeenn0910 Semoga Allah murahkan rezeki pada hari ni #fypage #peniagakecil #rezeki_allah ♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar

Meninjau di ruangan komen pula, orang ramai sangat bersimpati dengan perkara yang menimpa ke atas dirinya. Ada yang mendoakan agar ada hikmah disebalik perkara malang yang berlaku.

Sambil itu, ada juga yang menasihatinya untuk lebih berhati-hati dengan tarikh penting yang telah ditetapkan supaya kejadian ini tidak lagi berulang.

Berat Cabaran, Ramai Nasihat Supaya Lebih Berhati-hati Salah Tengok Tarikh Event

Cuba letak diri kita di tempat peniaga itu, tentu kita akan berasa sangat kecewa dengan kecuaian diri sendiri, kan? Tapi tak mengapa, tentu kerugian yang ditanggung hari ini akan diganti dengan rezeki lain pada hari-hari yang seterusnya.

Kredit: essesyeenn0910

Baca Juga: Lelaki Ini Terkejut Ibu Sendiri Datang Beli Nasi Di Gerai Pasar Malam, Ramai Netizen Tersentuh Hati & Terharu Lihat Hubungan Mereka

tags: | | |