Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Kacang Confirm Rangup, Resepi Turun Temurun Dari Keluarga

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Kacang Confirm Rangup, Resepi Turun Temurun Dari Keluarga

Kategori: ,
Sambal Kacang

Orang Malaysia sangat sukakan sambal. Enak dimakan pada bila-bila masa dan bersama sepinggan nasi putih dan lauk lain, terdapat pelbagai jenis sambal mudah dan menarik untuk dicuba semua.

Antaranya adalah sambal kacang ini yang telah dikongsikan oleh Nur Affi Zah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Resepi ini merupakan dari keluarganya dan dia juga turut sertakan rahsia untuk kacang kekal rangup walaupun telah digaul bersama sambal.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Kacang Confirm Rangup, Resepi Turun Temurun Dari Keluarga

Bahan-bahan

  • Kacang tanah
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Cili kisar
  • Belacan
  • gula
  • Garam
  • Cuka atau air limau
  • Minyak masak

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng kacang tanah terlebih dahulu sehingga sedikit garing. Angkat dan toskan minyak, sejukkan. Sambal Kacang
  2. Kemudian, dalam kuali dan menggunakan minyak masak yang baru, tumis bawang putih. Bila sudah keperangan, masukkan belacan, cili kisar, garam, gula dan cuka.
  3. Gaul sehingga sebati dan masak sambal, gaul sekali sekala juga untuk pastikan ia tidak hangus.
  4. Bila tekstur sambal menjadi pekat likat dan susah jatuh dari sudip, tutup api dan sejukkan. Sambal Kacang
  5. Bila sudah sejuk, masukkan kacang tanah yang telah digoreng tadi dan gaul. Cara inilah yang dapat memastikan kacang tersebut kekal rangup. Sambal Kacang

Dah siap akhirnya sambal kacang kita kali ini. Sangat mudah rupanya nak kekalkan kacang tanah itu rangup. Paling penting perlu amalkan tip yang telah dikongsikan tadi.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Nur Affi Zah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Ayam Gunting Sebiji Rasa Dekat Pasar Malam, Buat Niaga Pun Boleh!

tags: | | | | |