Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Sambal Tauhu Sendiri, Menu Sesuai Untuk Gaya Hidup Sihat. Sedap Sangat!

Ini Cara Buat Sambal Tauhu Sendiri, Menu Sesuai Untuk Gaya Hidup Sihat. Sedap Sangat!

Kategori: ,
Tauhu Sambal

Ramai orang yang tak suka dengan tauhu kerana ia tawar dan teksturnya juga kurang sedap. Tapi jika dimasak dengan cara yang betul, ia boleh menjadi satu hidangan yang begitu sedap.

Kalau nak tahu, tauhu ini sering menjadi pilihan para vegetarian. Protein dari haiwan boleh digantikan dengan tauhu dan dijadikan lauk yang enak untuk dimakan bersama nasi putih.

Di sini kami ingin berkongsi cara anda boleh menyedapkan tauhu dengan mencuba resepi sambal tauhu yang telah diolah oleh Sheena Supramaniam di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya!

Ini Cara Buat Sambal Tauhu Sendiri, Menu Sesuai Untuk Para Vegetarian. Sedap Sangat!

Bahan-bahan

  • 4 biji tauhu
  • Minyak masak
  • Biji sawi
  • Jintan manis
  • Bawang besar
  • Pes bawang putih dan halia – anda boleh dapatkan di sini
  • Daun kari
  • 2 1/2 sudu besar cili kisar
  • 4 hingga 5 sudu kecil puri tomato
  • Tomato
  • 1 cawan air
  • Garam
  • Daun pandan
  • 1 1/2 sudu besar gula

Cara penyediaan

  1. Ambil tauhu dan belah pada dua bahagian. Goreng sehingga keperangan. Asingkan.  Tauhu SambalTauhu Sambal
  2. Guna minyak yang sama, tumiskan biji sawi dan jintan manis sehingga biji sawi pecah-pecah. Tauhu Sambal
  3. Tumis bawang besar diikuti pes bawang putih dan halia. Tauhu Sambal
  4. Bila dah naik bau, masukkan daun kari. Selepas itu cili kisar ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas, lebihkan. Kalau tak suka pedas, kurangkan.  Tauhu Sambal Tauhu Sambal
  5. Kacau sampai naik bau. Selepas itu, masukkan puri tomato. Tauhu Sambal
  6. Masukkan tomato. Kacau sehingga sebati. Tauhu Sambal Tauhu Sambal
  7. Masukkan air. Perasakan dengan garam. Simpulkan daun pandan dan letakkan dalam sambal. Tauhu Sambal Tauhu Sambal
  8. Bila sudah mendidih dan air surut sedikit, masukkan gula.
  9. Kacau sebati dan masukkan tauhu tadi. Kacau sikit. Biarkan dalam tiga minit. Tutup api dan siap untuk dinikmati.  Tauhu SambalTauhu Sambal

Wah! Nampak menarik sangat sambal tauhu ini, kan? Rasanya pedas, manis, masin, sama macam ayam masak sambal. Yang bezanya hidangan ini menggunakan tauhu dan lebih sesuai untuk para vegetarian. Jadi bagi anda yang ingin kurangkan pengambilan daging atau mengamalkan gaya hidup bebas pengambilan produk haiwan, boleh cuba resepi ini.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Sheena Supramaniam

Baca Juga: Resepi Asam Pedas Ubi Keladi, Walaupun Simple Sahaja Tapi Rasanya Terpaling Sedap!

tags: | | | |