Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rider Foodpanda Sanggup Redah Hujan & Basah Kuyup Untuk Hantar Pesanan, Akhirnya Pelanggan Cancel Order

Rider Foodpanda Sanggup Redah Hujan & Basah Kuyup Untuk Hantar Pesanan, Akhirnya Pelanggan Cancel Order

Kategori:
basuh kuyup untuk hantar pesanan

Pada hujung bulan, hujan akan turun sepanjang hari dan memberi risiko yang besar bagi pengguna jalan raya. Oleh itu, ramai yang dinasihatkan untuk berada di rumah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Namun ramai di antara kita yang perlu berada di luar dan sentiasa bergerak dari lokasi ke lokasi demi mencari sesuap nasi. Terutamanya para penghantar makanan, pekerjaan mereka memerlukan mereka menghantar makanan ke tempat pelanggan.

Selain cuaca yang tidak begitu baik, mereka juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan.

Rider Foodpanda Sanggup Redah Hujan & Basah Kuyup Untuk Hantar Pesanan, Akhirnya Pelanggan Cancel Order

Terbaharu, seorang pengguna media sosial, 1998 telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi kisah yang sangat memilukan.

Langit sudah gelap dan hujan turun tanpa henti, wanita itu berjumpa dengan seorang kawannya yang bekerja sebagai seorang penghantar makanan untuk Foodpanda. basuh kuyup untuk hantar pesanan

Penat bekerja sepanjang hari, kawannya dalam perjalanan untuk menghantarkan pesanan pelanggan dari KFC. Tapi kerana cuaca yang teruk, pelanggan tersebut akhirnya membatalkan pesanan itu. basuh kuyup untuk hantar pesanan

Melihat kawannya kepenatan dan mungkin binggung sambil membawa pesanan itu, wanita itu berasa bersimpati dengan dugaan yang dihadapi dirinya. basuh kuyup untuk hantar pesanan

Memujuk kawannya dan rider lain di luar sana untuk terus sabar menghadapi cabaran sebegini, dia juga membeli pesanan yang telah dibatalkan itu.

@royalstout98

takpa. sy beli yang dicancel tu k😘❤️Stay strong smua kawan2 yg rmh dmasuki banjir k#fyp #fypsarawaktiktok #fypシ #banjir

♬ 08.08.2022 HATI LAIN DI HATIMU – Fabio Asher

@royalstout98 takpa. sy beli yang dicancel tu k😘❤️Stay strong smua kawan2 yg rmh dmasuki banjir k#fyp #fypsarawaktiktok #fypシ #banjir ♬ 08.08.2022 HATI LAIN DI HATIMU – Fabio asher

Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa simpati bila mengenangkan nasib sebegini yang perlu dihadapi ramai rider.

Selain itu, ada juga yang berterima kasih pada wanita itu dan turut mendoakannya kerana cuba untuk membantu rider tersebut.

Ramai Simpati Dengan Nasib Rider Yang Perlu Hadap Perkara Ini basuh kuyup untuk hantar pesanan

Banyak sangat cabarannya untuk mencari rezeki buat si rider. Oleh itu sebagai pelanggan, jangan lah kita menyusahkan orang lain. Jangan hanya kerana tak suka menunggu anda sesuka hati membatalkan pesanan yang telah dilakukan.

Kredit: 1998

Baca Juga: Pesan Sotong Goreng Tepung Di Kedai Mamak, Wanita Ini Terkejut Lepas Tengok Portion

 

tags: | | |