Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Anak-Anak Tak Tahu..”, Lelaki Rasa Sebak Tengok Pak Cik Guard Hanya Makan Maggi

“Anak-Anak Tak Tahu..”, Lelaki Rasa Sebak Tengok Pak Cik Guard Hanya Makan Maggi

Kategori:
makan maggi

Tanggungjawab sebagai seorang bapa ini tidak mudah untuk dipikul. Menjadi ketua keluarga, mereka perlu menyara keluarga bagi memastikan anak-anak dan isteri dapat hidup dengan selesa dan cukup keperluan harian.

Insan yang bergelar sebagai seorang bapa ini tidak mudah meluahkan perasaan mereka. Walaupun perlu bersempit, mereka sangup berkorban untuk keluarga. Contohnya telah dikongsikan oleh seorang lelaki, maruvissv. Ikuti perkongsiannya.

Lelaki Rasa Sebak Tengok Pak Cik Guard Hanya Makan Maggi

Setelah beberapa jam bekerja, lelaki itu berada di ruangan rehat sambil menikmati sebotol air mineral. Ketika di sana, dia terserempak dengan seorang pengawai keselamatan yang kelihatan sudah berusia.

Selalunya pada waktu tengah hari begini, orang lain akan menikmati sebungkus nasi berlauk tapi bagi pak cik ini, lain pula. Mungkin mengalami kesempitan kewangan atau tidak mahu menyusahkan keluarga untuk menyediakan bekal, dia hanya mampu menikmati semangkuk Maggi.makan maggi makan maggi

Melihat hal itu, lelaki tersebut berasa sebak, teringat akan pengorbanan seorang bapa yang anak-anak tidak tahu. Asal keluarga makan cukup dan sedap, si ayah tentu tidak kisah untuk makan Maggi sahaja.

@maruvisskumin

Maggie sdh ckup bagi dia,untuk anak2 kena bagi makan yg sedap2 itu lh pergorbanan bapa yg kita tidak tahu#fyp

♬ Hanya Rindu – Andmesh

@maruvissv Maggie sdh ckup bagi dia,untuk anak2 kena bagi makan yg sedap2 itu lh pergorbanan bapa yg kita tidak tahu#fyp ♬ Hanya Rindu – Andmesh

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai turut berasa terharu dan bila melihat video itu, ada yang tiba-tiba berasa teringat pada ibu bapa masing-masing.

Menurut, iamcikmidah yang telah kehilangan ayahnya, video itu mengingatkannya pada kenangan dahulu di mana dia dan adiknya saling berkerja pada shift malam dan tidak sempat makan. Oleh kerana risaukan anak-anak, ayahnya bertanya jika mahu makan atau tidak. Kerana mereka teringin makan Maggi, ayahnya terus ke dapur dan menyediakannya buat mereka.

“Teringat Dekat Ayah..” makan maggi

Rasa sebak pula bila melihat perkongsian ini. Sudah tentu akan teringat pada wajah ayah masing-masing. Bagi mereka yang masih lagi berkesempatan, berjasa dan hargailah ayah selagi masih ada. Mereka tidak berada di dunia ini buat selamanya.

Kredit: maruvissv

Baca Juga: Jumpa Daging Burger Kerbau Ramly, Lelaki Ini Beria Untuk Cuba. Rupanya Ini Rasanya..

tags: | | |