Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Secret Recipe Keluar Kek Baru Sempena Merdeka; Laksa Indulgence. Namun, Ramai Geli Melihatnya

Secret Recipe Keluar Kek Baru Sempena Merdeka; Laksa Indulgence. Namun, Ramai Geli Melihatnya

Kategori:
laksa indulgence

Nama restoran dan cafe Secret Recipe sudah tidak asing di kalangan orang ramai. Sejak mula beroperasi, ia telah mempunyai lebih dari 440 cawangan di seluruh Asia.

Antara faktor utama Secret Recipe berjaya meraih populariti adalah aneka kek dan pencuci mulut yang disediakan. Jika mengunjungi ke restoran tersebut, pelbagai jenis kek yang anda boleh didapati. Antara yang digemari ramai adalah; Chocolate Indulgence, White Choc Macadamia, Oreo Cheesecake dan banyak lagi.

Selain itu, mereka turut pernah memperkenalkan kek edisi terhad seperti Milo Cheese dan Rose Lychee yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan. Sempena Hari Merdeka tahun ini, Secret Recipe kembali dengan kek baru iaitu Laksa Indulgence!

Secret Recipe Keluar Kek Baru Sempena Merdeka; Laksa Indulgence. Namun, Ramai Geli Melihatnya

Terbaharu, pihak Secret Recipe telah memuat naik pengumuman di laman Instagram mereka. Sempena Hari Merdeka, mereka ingin meraikan semangat patriotik dengan memperkenalkan kek baru iaitu Laksa Indulgence.

Bagi penggemar Laksa dan kek, kali ini anda boleh menikmati kedua-duanya dalam kek tersebut. Menurut mereka, ia mempunyai rasa laksa; masam, masin, dan sedikit manis dari biskut di bahagian bawah.

Tambahan pula, setiap potongan kek dihiasi dengan hirisan timun, telur rebus, tauhu dan secubit sambal untuk berikan rasa laksa yang asli. Sangat sedap, kan? LAKSA INDULGENCE

Sayangnya mereka mendedahkan bahawa kek tersebut sekadar prank dan tidak dijual di mana-mana cawangan Secret Recipe. Perisa pelik apa lagi yang anda mahu Secret Recipe hasilkan? LAKSA INDULGENCE

Menjengah di ruangan komen, orang ramai keliru dengan pengumuman tersebut. Ramai juga yang kecewa dan ‘kembang tekak’ melihat kek itu, nasib baik sekadar gurauan.

“Jangan la macam-macam. Imagine pun dah rasa pening!”, tegas pengguna aurorahanna.

Ramai Tak Suka Perisa Baru Itu laksa indulgence

Namun ada juga yang meninggalkan ‘permintaan’ untuk Secret Recipe menghasilkan kombinasi kek pelik yang lain seperti Nasi Lemak Udang Petai Indulgence, Daging Salai Cake, Masak Lemak Cili Api Cheesecake dan banyak lagi.

Perisa Pelik Lain Yang Ramai Minta laksa indulgence

Sempat lagi Secret Recipe buat gurauan macam ni, kan? Ni bulan Merdeka, bukannya April Fools! Kalau korang berani tak untuk cuba kek Laksa Indulgence ini? Agaknya macam mana la rasanya.

Kredit: Secret Recipe

Baca Juga: Tegur Salah Tukang Bancuh Air, Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Kendali Tong Ais Yang Ramai Tak Tahu

tags: | | | |