Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Layan Sotong Goreng Tepung Rangup Bersulam Sos Thai, Memang Sedap La! Sepinggan Tak Cukup Ni.

Layan Sotong Goreng Tepung Rangup Bersulam Sos Thai, Memang Sedap La! Sepinggan Tak Cukup Ni.

Kategori: ,
sotong goreng

Peminat makanan bergoreng dan seafood mesti ketagih dengan sotong goreng tepung, kan? Bila ke restoran, pantang nampak sotong goreng tepung di menu, mesti pesan punya. Bater yang rangup dengan isi sotong yang gebu, segar dan lazat, sepinggan pun tak pernah cukup. Lagi-lagi kalau dihidang bersama sos, fuhhh! Memang padu.

Mesti lagi syok bila boleh buat sendiri kat rumah, lagi puas! Apa kata kita cuba resepi sotong goreng tepung rangup bersulam sos thai dari Liza Idris. Mendapat 1K shares di Facebook, resepi ini dijamin setanding restoran 5 bintang. Jom baca untuk perkongsian penuh olehnya.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Bersulam Sos Thai

Bahan-Bahan Sotong Goreng

Bahan-Bahan Sos

  • 3 atau 4 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili kering (direndam air panas)
  • 3 biji cili padi hijau
  • 2 batang akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1 biji limau nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara-Cara Penyediaan

  1. Pecahkan 2 biji telur ayam dalam mangkuk. Letakkan 2 sudu besar tepung bestari.
  2. Kacau telur dan tepung sehingga sebati.
  3. Masukkan sotong dalam mangkuk. Tutup selama 20 minit, biarkan mesra sehati sejiwa. Ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, tumbuk bahan sos dengan lesung. Boleh juga guna pengisar untuk jimat masa.
  5. Masukkan bahan kisar dalam kuali kecil.
  6. Letakkan 2 sudu besar sos tiram.
  7. 3 sudu besar sos ikan jangan dilupa.
  8. Perah 1 biji limau nipis. Buang bijinya.
  9. Masukka 3 sudu besar gula. 
  10. Letakkan garam secukup rasa dan taburkan daun ketumbar.
  11. Panaskan kuali dan tambah sedikit air.
  12. Didihkan sekejap. Saya akan masak setiap sos yang dibuat untuk elakkan sakit perut.
  13. Sos dah siap. 
  14. Sotong yang diperap tadi, celup dan salutkan dengan tepung bestari.
  15. Panaskan minyak dan goreng. Masuk satu demi satu supaya tak melekat antara satu sama lain. Balik-balik kan, boleh angkat bila dah garing.
  16. Ambil 3 tangkai daun kari, goreng sekejap dalam minyak yang sama. Angkat dan toskan.
  17. Tabur daun kari atas sotong.
  18. Dah siap untuk dihidang bersama sos.

Rupanya mudah saja nak sediakan sotong goreng tepung yang rangup, kan? Cicah dengan sos ini pasti sedap, rasa pedas, masam manis begitu. Bagi peminat sotong goreng celup tepung, anda perlu cuba resepi ini. Baru saja hidang nanti, mesti dah habis kena kebas dengan orang lain, jadi buat banyak-banyak untuk puas makan.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Liza Idris

Baca Juga: Wanita Ini Kongsikan Resepi Ayam Menangis Meraung Yang Sedap, Menjadi Kesukaan Suami.

tags: |