Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sotong Sumbat Kaw kaw

Sotong Sumbat Kaw kaw

Kategori: ,

Hai semua.. Teringin nak buat hidangan yang simple tapi sangat sedap? Okay, harini saya nak kongsikan tentang resepi untuk memasak sotong sumbat yang memang sedap la. Try sekali , memang hari-hari punya nak buat!

Baiklah buat para isteri  yang penat dan buntu seharian bekerja, balik rumah terus ke dapur, buka peti sejuk sudah sedia ada apa bahan-bahan yang sesuai untuk disediakan. Yang penting, ringkas, sedap, cepat dan bahan-bahan pun mesti cukup. Kalau ada sotong yang sudah defrost tu, jom kita cuba resepi sotong sumbat ini, mesti Kaw-kaw punya. Tunggu apa lagi? Baca dan fahami dengan sebaik mungkin tau.

Bahan-bahan

Bahan A (Bahan Sumbat)

  • 200 g udang (Dibuang kulit)
  • 2 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 biji telur
  • 1 biji cili hijau (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • 1 pokok daun sup (Dihiris)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Sambal)

  • 500 g sotong
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh gula
  • 1 pokok daun daun bawang
  • 2 sudu makan minyak

Cara-cara

Cara Membuat Bahan Sumbat

  1. Anda mesti panaskan minyak, tumiskan udang dan bawang merah kemudian kacau sehingga menjadi rata.
  2. Masukkan telur dan biarkan sehingga ianya menjadi keras lalu hancurkan telur tersebut.
  3. Selepas itu, masukkan bahan yang dihiris dan sedikit garam yang secukupnya.lalu kacau sehingga menjadi rata.
  4. Tutup api dan ketepikannya.

Cara Membuat Sambal

  1. Anda harus membuangkan kulit sotong, bersihkan sehingga cuci kemudian tuskannya.
  2. Masukkan bahan sumbat yang telah digoreng tadi ke dalam sotong lalu masukkan kepala sotong dan sematkannya dengan lidi.
  3. Panaskan minyak, lalu anda perlu menumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukkan sos tomato, cili kisar, dan gula. Kemudian kacau sehingga ianya menjadi rata.
  5. Masukkan sotong dan masakkan sehingga ianya mendidih.
  6. Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun bawang lalu sedia untuk dihidangkan

Itu sahajalah resepi cara membuat sotong sumbat. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat okay!

https://youtu.be/EvEsN3xZNMc

tags: | | | |