Kami pasti tidak kira tua atau muda pasti menggemari masakan sup ayam ini. Selain barangnya mudah didapati, resepi ini juga senang dibuat. Lebih-lebih lagi jika korang rasa nak masak simple simple tapi sedap. Jadi dibawah kami senaraikan bahan-bahan yang diperlukan serta cara menyediakan sup ayam ini. Selamat mencuba 😉

Bahan-bahan Sup Ayam:

  • 1/4 ekor ayam (di potong kecil2)
  • 3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz)
  • 1/2 biji carrot
  • 4 biji bawang merah/kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 bungkus sup bunjut Adabi
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 6 cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih & halia yangg telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, ayam, kentang, carrot dan sup bunjut juga garam secukup rasa. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam.
  3. Sedia untuk dihidang. Tabur daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 440 times!)