Dengan kenaikkan harga barangan dapur seperti minyak, tepung dan beras, ramai di antara kita yang terpaksa mengikat perut dan berjimat-cermat.
Jangan kata orang dewasa, kanak-kanak pun dah tahu erti berjimat dan makan dalam kadar sedikit hingga nasi pun dimasak cukup-cukup untuk sesuap sahaja!
Perkara itu disaksikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok, nurulakeela yang telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi pengalamannya.
Penat selepas seharian bekerja, gadis itu pulang dari rumah dan terus menyapa adiknya yang masih lagi berjaga. Sekadar berbual, dia menyapa adiknya dan bertanya samada dia sudah makan atau belum.
Bila tahu bahawa adiknya belum lagi sempat untuk menjamah makanan, dia terus risau dan menyuruhnya untuk memasak nasi menggunakan periuk nasi elektrik yang ada di dapur sambil dia keluar dari rumah untuk membeli lauk.
Selepas pulang dari kedai, gadis itu terus pergi ke dapur untuk menghidangkan lauk-pauk yang dibeli dan ingin mencedok nasi yang telah dimasak adiknya.
Namun bila membuka penutup periuk, dia terkilan apabila melihat nasi yang telah dimasaknya. Kering dan hanya cukup untuk beberapa suapan, memang ia tak sesuai untuk dikongsikan.
@nurulakeelaAllahu😂
Meninjau di ruangan komen pula, orang ramai terhibur melihat sukatan nasi yang telah dimasak oleh adik wanita itu. Ramai juga mengambil peluang mengusik.
“Berjimat tahap dewa ni!”, kata seorang pengguna. Manakala ada juga yang komen, “Sorang sikit. Akak diet kan?”.
Agaknya ini lah yang terjadi apabila suruh adik masuk dapur, kan? Masak pun sikit sangat, macam kena paksa pula. Pening kepala kakak, dah lah tengah lapar. Sabar sahaja lah.
Kredit: nurulakeela
Baca Juga: Hujung Bulan Tak Cukup Duit Untuk Beli Kek Hari Jadi Kawan, Lelaki Ini Terpaksa Sambut Cara Lain