Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tak Boleh Makan Buah Durian Dengan Manggis? Ini Pendedahan Sebenar Mengenainya

Tak Boleh Makan Buah Durian Dengan Manggis? Ini Pendedahan Sebenar Mengenainya

Kategori: ,

Musim raja buah telah datang. Ramai peminat buah durian ini menantikan detik-detik istimewa ini. Apabila tiba musim durian, selain makan dari pohon yang ditanam kita juga boleh membelinya di tepi jalan, kedai buah atau mana-mana tempat yang menjual buahan berduri tajam ini.

Buah durian merupakan antara buahan yang tidak boleh didapatkan di negara selain Asia Tenggara. Cuaca dan bentuk tanah juga menjadi penyebab kenapa buahan ini tidak ditanam atau tumbuh di negara lain.

Jika tahun lepas harga durian sangat tinggi sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan kita yang tidak puas untuk menikmatinya. Dengar kata, tahun ini harganya sudah kembali turun. Masih tidak dapat disahkan lagi, tunggu dan lihat sahaja.

Raja buah, durian banyak khasiatnya

Buah yang mempunyai kulit yang tebal dan duri yang tajam ini sangat kaya dengan vitamin C, zat besi, natrium dan beberapa lagi vitamin lain. Mempunyai pelbagai warna, jenis dan rasa buah ini dapat menguatkan tulang, melancarkan pendarahan dan sumber tenaga yang baik.

Walaubagaimanapun, kita dinasihatkan untuk tidak menikmatinya dalam jumlah yang banyak kerana bimbang badan menjadi panas dan menimbulkan masalah lain. Malah sejak zaman dahulu lagi, kita dinasihatkan oleh orang tua agar tidak menikmati buah durian ini dengan buahan dan beberapa jenis makanan lain.

Antaranya adalah buah manggis, terung, daging, ketam, buah laici, susu serta beberapa lagi makanan lain. Namun begitu, Public Health Malaysia muncul dan menyatakan khabar berita ini hanyalah mitos semata-mata.

Tiada masalah untuk makan durian dengan makanan tersebut

Tiada bukti yang menunjukkan kombinasi antara durian dan makanan-makanan tersebut bakal memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan manusia. Katanya tiada masalah untuk menikmati durian bersama-sama dengan makanan tersebut.

Namun begitu, pastikan pengambilan raja buah itu dengan kuantiti yang sederhana sahaja. Memandangkan buahan ini mempunyai kalori yang tinggi.

Sekarang dah masuk musim durian. Sebelum ini, infografik mengenai bahaya durian telah tersebar luas. Tak boleh makan durian dengan terung la, ketam la, manggis la dan macam-macam lagi

Sebelum mitos tersebut muncul semula tahun ini, kami share infografik ini untuk pemahaman semua.

Sebenarnya, tiada masalah untuk makan durian dengan kombinasi makanan tersebut.

Makanlah dengan kuantiti yang sederhana, jangan makan terlalu banyak kerana durian mengandungi kalori yang tinggi.

Jangan terus biarkan diri anda diselubungi dengan mitos..

Sudah jelas sekarang kan bahawa buah durian ini boleh sahaja dimakan dengan buah mangga, buah laici, ketam dan beberapa lagi makanan lain yang dikatakan tidak boleh. Walaubagaimanapun tetaplah berwaspada.

Jika ada di antara korang yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar atau doktor. Dan ingat, walaupun terlalu sedap dan korang semua sangat menggemarinya, jangan menikmatinya dengan hidangan yang banyak dalam satu-satu masa.

Sifat durian yang panas jika dimakan terlalu banyak pasti akan menimbulkan kesan yang buruk kepada tubuh badan kita. Jadi berhati-hati dan jagalah pemakanan kita!

Kredit: Public Health Malaysia

Baca juga: Makan Nasi Goreng Kampung Harga Kayangan Dalam Pinggan Plastik, Pelanggan Pelik Harga Tak Tetap

tags: | | |