Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Teknik Penyediaan Puding Santan Durian Yang Betul & Sedap, Penggemar Raja Buah Wajib Cuba!

Cik Lawa by Cik Lawa
Julai 29, 2022
in Resepi, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
cara buat puding santan durian
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia serta negara Asia yang lain sangat terkenal dengan buah durian. Durian merupakan raja buah yang berduri dan mempunyai pelbagai jenis bentuk dan warna isi.

BacaJuga

resepi puding roti tawar

Resepi Puding Roti Tawar Yang Cantik, Mudah & Sedap. Sesuai Dibuat Sebagai Juadah Berbuka Dan Raya!

April 22, 2023
84
masak gulai ayam guna santan pandan

“Wangi Gulai Ayam Aku Hari Ni..”, Disangka Santan Kelapa Rupanya Santan Pandan Buat Ramai Terhibur

April 19, 2023
23

Apabila tiba musim durian, pasti ramai dalam kalangan penggemar durian akan membeli raja buah ini dalam kuantiti yang banyak. Selain dimakan begitu saja, buah durian juga sangat enak jika dibuat pengat, tempoyak serta masak santan.

Bukan itu sahaja, mungkin anda juga boleh sediakan Puding Santan Durian. Pasti penggemar puding dan durian jatuh cinta akan puding ini. Bukan sahaja rasa lemak durian, ada juga rasa lemak santan yang begitu menyelerakan.

Nak tahu teknik penyediaan yang betul puding ini? Jom kita ikuti perkongsian dari Zura Zul ini. Sekali cuba pasti jatuh cinta punya! 

Cara Penyediaan Puding Santan Durian, Sangat Sedap & Betul-Betul Menyelerakan

Bahan A:

  • 10gm agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sb pes minuman berperisa durian
  • 1 keping roti*
  • 2 – 3 ulas isi durian *
  • 1 sb susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair*

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan bertanda * hingga hancur halus.
  2. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
  3. Kemudian masukkan gula dan kacau sebati.
  4. Tuangkan bahan kisar, perisa durian dan kacau lagi. Biarkan masak seketika.
  5. Tuangkan dalam acuan atau loyang 8×8. Biar sederhana beku.

Bahan B:

  • 10g agar-agar tali
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur**
  • 1 kotak santan 200ml**
  • 1 sk pes Minuman Berperisa Durian **
  • Sedikit esen vanilla** – jika suka

Cara penyediaan:

  1. Kacau bahan bertanda ** hingga sebati.
  2. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
  3. Masukkan gula dan kacau sebati.
  4. Tuang bahan-bahan yang dikacau dan kacau lagi.
  5. Biarkan ia masak sampai mendidih membuak-buat ke atas permukaan periuk. Perlahankan api.
  6. Kemudian tuang perlahan-lahan atas lapisan puding tadi dan bekukan.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
  8. Keluarkan puding dari loyang dan potong ikut suka.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Santan Durian ni? Ikuti sahaja teknik di atas ini. InshaAllah pasti menjadi dan sedap puding anda. Selain puding ini, mungkin korang boleh rujuk cara penyediaan tempoyak durian di bawah ini.

Cara & Teknik Betul Buat Tempoyak Durian

Bahan-bahan:

  • Durian
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Asingkan durian dengan bijinya. Yang ini tempoyak masam tau. Kalau tak nak masam, selepas asingkan biji dengan isi terus simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.
  2. Masukkan ke dalam penapis.
  3. Toskan dan biarkan 2 malam. Letak di luar peti ais.
  4. Masukkan garam secukupnya jangan terlalu masin. Gaul rata.
  5. Akhir sekali simpan dalam balang. Boleh letak penuh sebab gas dia dah keluar. Sebelum tutup bekas, tabur sedikit gula.
  6. Dah okey semua, bolehlah simpan dalam peti ais.

Selamat mencuba!

Kredit: Zura Zul

0/5 (0 Reviews)
Premium WordPress Themes Download
Download Best WordPress Themes Free Download
Free Download WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
udemy free download
download karbonn firmware
Tags: durianpudingsantan
ShareTweetSend

Related Posts

Resipi Keropok Lekor Homemade Cara Sendiri, Buat Di Rumah Lagi Senang. Rasa Dia Rangup Di Luar, Tapi Lembut Di Dalam
Masak Apa Hari Ini?

Resipi Keropok Lekor Homemade Cara Sendiri, Buat Di Rumah Lagi Senang. Rasa Dia Rangup Di Luar, Tapi Lembut Di Dalam

Mei 28, 2023
33
ikan kerapu
Masak Apa Hari Ini?

Peminat Ikan Kerapu Sila Hadir! Ini Dia Resipi Ikan Kerapu Masak Masam Manis Yang Popular Di Malaysia

Mei 28, 2023
15
ayam bakar sekor
Masak Apa Hari Ini?

Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Bakar Sekor, Perapan Sedap & Senang Dibuat. Cubalah!

Mei 28, 2023
32
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist