Kelantan boleh dikatakan sebagai syurga makanan untuk rakyat Malaysia kerana ianya sedap dan murah! Pelbagai jenis makanan yang dapat ditemui Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan ini. Seperti masakan panas, masak barat, masakan Thailand dan banyak lagi.
Anda boleh pilih macam-macam pilihan makanan di sini dan dalam masa yang sama anda boleh juga melancong bersama keluarga anda di sini.
Anda boleh rancang perjalanan cuti sekolah anak-anak anda bawa mereka berjalan ke Negeri Kelantan. Kebiasaan Negeri Kelantan akan dipenuhi anak perantau untuk pulang ke kampung. Ini adalah 9 tempat makan menarik di Kelantan.
Walaupun namanya ‘warung’ tapi ia bukanlah warung seperti di tepi jalan yang kita pernah lihat sebelum ini. Warung Pak Mat Pulau Pisang ini mempunyai kedai yang sangat besar dan ‘family-friendly’ kerana mempunyai meja yang besar untuk keluarga yang ramai.
Restoran ini menjadi tempat tumpuan orang ramai di Kelantan kerana ia adalah lokasi tempat makan tengahhari. Biasanya yang berkunjung ke sini adalah untuk mencuba rasa sup kepala ikan beliau. Kerana ianya rasa lain dari yang lain kerana ada campuran daging.
Paling istimewa kedai Warung Pak Mat Pulau Pisang ini adalah Teh Ais Madu yang sangat sedap, lemak, pekat dan buih meleleh. Memang padu!
Alamat: Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Masa dan Hari: 7:30 Pagi hingga 4:30 Petang, Buka setiap hari (Cuti Selasa)
White House Cafe terletak di Jalan Sultanah Zainab Kota Bharu sahaja. Paling istimewa disini adalah roti bakar yang disapu bersama kaya di mana anda perlu layan diri sahaja. Kopi di kafe ini semestinya sangat kaw untuk dimakan bersama sarapan pagi.
Keadaan white house cafe ini boleh mengenangkan restoran nostalgia waktu dahulu kerana hiasan di dalam cafe ini seperti zaman 80 an. Kedai ini adalah salah satu kedai kopi cina yang paling terkenal di Kota Bharu dimana sentiasa akan ada orang mengunjung setiap pagi.
Kopitiam ini dimulakan pada tahun 1935 dan belajar membuat kopi daripada bapa mertuanya pada tahun 1960 dan berpindah ke Negeri Kelantan.
Alamat: 1329-L, Jln Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Masa dan Hari: Buka setiap hari (Cuti Jumaat Sahaja), buka 6:30 Pagi hingga 1 petang
Restoran Maggi Tiram Pok Weil ini berada di Pantai Kemayang, Bachok, Kelantan yang jauh dari Kota Bharu, Kelantan. Pok Weil merupakan tuan kedai untuk restoran ini yang juga merupakan guru dikir barat di kawasan kemayang ini.
Harga boleh dikatakan murah berbanding dengan tempat lain yang menjual tiram kerana kita tahu sekarang tiram sedang viral.
Beliau sendiri yang menternak tiram dan dimasak kepada pelanggan beliau.
Alamat: Jalan Gong Batu, Kemayang, 16320 Bachok, Kelantan.
Masa dan Hari: Buka setiap hari (Cuti Rabu), 12:00 tengah hari hingga 10:30 malam
Di sini adalah antara kedai sup gearbox yang paling sedap di Kelantan dan tak rugi untuk datang bersama keluarga makan di kedai makan zuraini sup gearbox. Rasanya kena dengan tekak anda yang mempunyai rasa masam-masam manis.
Sup Gearboxnya membuatkan anda terbayang-bayang rasanya sampai ke rumah.
Alamat: D6, 16100, Bandar Kota Bharu, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Masa dan Hari: Buka Setiap Hari (Cuti Jumaat), buka 8:30 pagi hingga 5:30 petang.
Ini adalah restoran paling popular di Kelantan di mana ia menyajikan Ikan Patin Tempoyak yang khas datang dari Temerloh. Konsep layan diri di restoran ini adalah salah satu tumpuan utama kerana pelanggan sendiri akan dapat memilih ikan patin besar mana.
Bila dilihat lauk-pauk yang dijual di sini semuanya sedap-sedap belaka yang membuatkan anda berair mulut untuk mencuba!
Ni belum datang lagi, bila dah datang mahu kecur air liur tengok gulai patin tempoyak kuah kuning pekat likat tu.
Alamat: Berhadapan Gate 3 aoen Mall, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Masa dan Hari: Buka Setiap Hari (Cuti Jumaat), buka 11 pagi hingga 5 petang
Siapa yang tidak kenal Nasi Ulam Cikgu ini, kedai ulam paling popular di Kota Bharu, Kelantan. Kedai ini berkonsepkan menu ala makanan orang kampung dengan penuh ulam-ulaman di sini.
Macam biasa, Negeri Kelantan mempunyai kedai layan diri kerana ianya atas pelanggan untuk ambil banyak mana makanan yang ingin kita cuba. Ulam-ulaman di sini sangat banyak dan paling popular di Kelantan adalah budu untuk dimakan bersama nasi.
Dah singgah Kelantan tu, wajib singgah lah kedai ini makan tengah hari.
Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Masa dan Hari: Buka Setiap Hari (Cuti Jumaat), buka 10:30 pagi hingga 5:00 petang
Katanya kedai Aus Mee Celup ini istimewa dan lain dari tempat yang lain. Sepertinya, Aus Mee Celup ini mempunyai lebihan bahan yang ditambah di dalam mee celupnya.
Harga juga berpatutan dan patutlah ramai berkunjung ke kedai Aus Mee Celup ini di mana harga untuk Mee Celup Special hanya RM8 sahaja.
Murah bukan?
Alamat: Lot 1625 M, Jalan Abdul Kadir Adabi, Kampung Paya Bemban, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Masa dan Hari: Buka setiap hari, 12:30 tengah hari hingga 11 malam.
Kedainya berhadapan betul betul depan AEON Mall Kota Bharu, Kelantan. Kenapa dipanggil sebagai kedai ‘Celoh Rock’? Rupanya maksud yang sebalik rock itu dalam semak-samun. Jadi, kedai ini berada di kawasan semak samun yang membawa kelainan dari mee celup yang ada di tempat lain.
Pelbagai jenis makanan yang ada di sini antaranya, nasi berlauk, nasi lemak, nasi dagang, nasi lemak dan banyak lagi.
Kedai ini menjadi tumpuan pada waktu tengah hari kerana nasinya sesuai untuk dimakan semasa rehat untuk para pekerja.
Alamat: Kampung Sirih, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Masa dan Hari: Buka Setiap Hari, Buka 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Ini adalah tempat terbaik untuk makan sarapan pagi dimana lauk paling viral di sini adalah Gulai Kambing. Makan dengan nasi mesti ‘confirm’ rasanya umphhhh, dan janji akan dapat membuatkan anda kenyang.
Keunikan di sini adalah di mana kedai ini berada di tepi sungai, anda boleh menikmati suasana berada di tepi sungai. Ia membuatkan anda lagi tertarik untuk berkunjung ke Kelantan.
Alamat: Unnamed Rd, 16210, 16210 Tumpat, Kelantan
Masa dan Hari: Buka setiap hari, buka 7:30 pagi hingga 2:30 petang
Semua tempat menarik belaka, jadi tunggu apa lagi! Musim cuti nanti, terus sahaja waze ke tempat yang telah di-listkan di atas.
Selamat berjalan-jalan!
Kredit: Elina Fatini