Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » THAI GRASS JELLY DESSERT DRINK (CHA BANG ANG)

THAI GRASS JELLY DESSERT DRINK (CHA BANG ANG)

Kategori: ,
Cha Bang Ang

Teringin nak buat Cha Bang Ang? Tapi tak tahu resepi nak buat. Jom follow resepi kat bawah ni. Campur-campur jer dah siap. Sesuai benar dengan cuaca yang panas sekarang ni. Hari ni rasa macam tak ada idea nak mengarang. Jadi kita terus semak resepi jer la kan.

Bahan – Bahan :

  • 1 cawan gula perang ( masak dengan 1/2 cawan air)
  • 2 sudu besar biji selasih (direndam selama 5 minit dengan 500ml air)
  • 2 cawan susu segar (500ml)
  • 1/2 tin susu cair (200ml)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 peket cincau (potong dadu)
  • 1/2 mangkuk ais

Cara Penyediaan :

  1. Didihkan gula perang dan secawan air.
  2. Selepas itu rendam biji selasih selama 5 minit dengan 500ml air.
  3. Campurkan susu segar, susu cair, susu pekat manis. Kacau seketika.
  4. Akhir sekali masukkan ais kedalam bekas dan campurkan kesemua bahan.
  5. Siap

 

tags: | | | | | | |