Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tips & Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Basmathi Supaya Sedap & Menjadi, Sangat Mudah!

Tips & Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Basmathi Supaya Sedap & Menjadi, Sangat Mudah!

Kategori: ,
tips dan cara masak nasi minyak

Jika suatu ketika dahulu hendak makan nasi minyak punyalah susah. Jarang sekali peniaga menjual nasi minyak macam majlis kenduri kahwin. Setahun hanya dua tiga empat kali sahaja boleh makan nasi ini, itu pun ketika mengunjungi majlis kahwin.

Namun sangat lain dengan zaman sekarang, banyak sahaja peniaga yang menjual nasi minyak ini. Tidak kira untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Malah lauk yang disediakan juga tidak jauh beza dengan lauk pauk yang terhidang di majlis perkahwinan.

Selain makan di kedai, kita juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Kalau hendak lebih sedap, lembut dan menyelerakan, beras basmathi adalah antara beras terbaik untuk dibuat nasi ini. Namun begitu, ramai tidak tahu cara yang betul dan tepat untuk menyediakan nasi ini menggunakan beras basmathi.

Mahu masak nasi minyak menggunakan beras basmathi ada tipsnya yang tersendiri tau. Hal tersebut adalah kerana untuk menjadikan nasi tersebut lebih sedap dan lembut. Jadi jom kita ikuti perkongsian tips masak nasi minyak menggunakan beras basmathi dari Norzy Yusuff di bawah ini. 

Cara Masak Nasi Minyak Simple & Sedap Guna Beras Basmathi

Bahan-bahan: 

  • 3 pot beras Basmathi Moghul Faiza – rendam dalam 15 minit, jangan kacau langsung
  • 2 labu Bawang Besar*
  • 6 biji Bawang Kecil*
  • 3 inchi Halia*
  • 2 btg Kulit Kayu Manis
  • 3 Bunga Lawang
  • 6 Bunga cengkih
  • 6 Buah Pelaga
  • 5 sudu Minyak Sapi
  • 3/4 tin Susu Cair
  • 3 cawan air
  • 3/4 sudu Garam
  • 2 btg serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit perwarna kuning
  • Bahan hiasan – Kismis, gajus, bawang goreng, daun ketumbar

Cara Penyediaan: 

  1. Hiris bahan bertanda (*).
  2. Panaskan minyak sapi. Apabila dah panas masukkan 4 sekawan. Kacau sekejap baru masukkan bahan hirisan dan serai.
  3. Tumiskan sehingga garing sekejap kemudian baru masukkan susu cair, daun pandan, garam dan sedikit pewarna kuning.
  4. Kemudian masukkan air 3 cawan ikut pot beras.
  5. Toskan beras dan terus masukkan ke dalam periuk nasi. Sukatan air mesti guna pot beras yang sama. Nisbah 1 cawan beras : 1 cawan bahan yang dimasak tadi. Akhir sekali tambah 1/2 cawan sebagai tambahan.

Tips masak nasi minyak:

  • Nisbah 3 cawan beras : 3 1/2 cawan air
  • Toskan beras dan pindahkan ke periuk nasi.
  • Jangan kacau langsung masa tengah masak.
  • Tunggu masak kemudian baru boleh kaup. Ketika ini beras akan cantik panjang, lembut dan tak patah.
  • Boleh tambah air panas 1/2 cawan lagi kalau nak bagi nasi tu lembut lagi.

Mudah sahaja kan nak masak nasi minyak yang menjadi menggunakan beras basmathi ini? Orang cakap, beras basmathi digunakan sebab nasi minyak akan menjadi lebih sedap. Akan tetapi, kalau anda lebih selesa menggunakan beras biasa pun tidak mengapa. Gunakan sahaja ya.

Apa yang penting, jangan derhaka resepi. Barulah setiap hidangan yang dimasak menjadi dan sedap. Jadi tunggu apa lagi tu? Resepi sudah ada, tips pun sudah ada. Jom la kita mula masak nasi minyak sekarang!

Kredit: Norzy Yusuff

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Masak Nasi Goreng Supaya Tak Cepat Basi, Sampai Ke Petang Masih Lagi Elok & Sedap!

tags: | |