Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Tips Makanan Yang Terlampau Mudah Untuk Jadikan Kucing Peliharaan Sihat Dan Montel!

Wanita Ini Kongsi Tips Makanan Yang Terlampau Mudah Untuk Jadikan Kucing Peliharaan Sihat Dan Montel!

Kategori: ,
Kucing peliharaan sihat dan comel

Kucing merupakan haiwan yang paling sesuai untuk dijaga dan dibelai. Ramai orang yang sememangnya menyukai kucing ini. Tidak kira kucing baka kampung mahupun luar negara. Umum mengetahui bahawa kucing memerlukan makanan yang mengandungi protein yang tinggi untuk tumbesaran dan kehidupan yang sihat.

Jadi tidak hairan jika ada pemilik kucing yang rela menghabiskan ratusan ringgit demi membeli makanan kucing yang berkhasiat. Bukan sahaja berkhasiat malah ada sesetengah orang amat menyukai kucing yang gemuk atau montel.

Ada seorang wanita di laman facebook berkongsi bagaimana kucing peliharaannya menjadi gemuk dan sihat dengan hanya menggunakan roti gardenia dan ikan. Jadi tunggu apa lagi, jom kita ikutti perkongsian Sara Fini ini.

Cara Mudah Buat Makanan Untuk Jadikan Kucing Peliharaan Sihat & Comel!

CARA-CARANYA:

  1. Roti gardenia digunting.
  2. Isi Ikan rebus.
  3. Gaulkan semua bahan dan panggillah meow datang makan. 

Mudah sahaja kan cara buat menu untuk kucing peliharaan anda agar sentiasa sihat dan montel. Mungkin anda boleh mencuba cara ini dan pastinya anda akan berpuas hati. Kucing peliharaan anda pun berselera makan makanan yang sedap dan sihat ini!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Sara  Fini

Baca juga: Kucing Ada Kutu? Guna Sahaja Bahan Dari Dapur Ini Untuk Si Bulus Anda Bebas Kutu!

tags: |