Kari atau gulai merupakan antara menu yang sangat digemari oleh kebanyakan masyarakat Melayu kita pada hari ini. Walaupun asalnya kari itu dari India, namun hidangan tersebut tetap menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.
Untuk menikmati menu ini, kebiasaannya kita akan membelinya dari kedai atau membuat sendiri sahaja di rumah. Walaubagaimanapun, ramai yang masih gagal dalam menyediakan atau masak kari serta gulai yang enak serta sedap.
Nak jadikan kari serta gulai yang dimasak sedap dan padu, pastikan kita menumis bahan tumisan sehingga pecah minyak. Makanan pun boleh tahan lama tau jika ia ditumis dengan baik.
Nak tahu tips masak kari dan gulai agar pecah minyak? Jom kita ikuti perkongsian dari Safwan Adnan di bawah ini. Dengan menggunakan tips ini, pasti hidangan yang anda sediakan akan menjadi lebih sedap.
Sebenarnya yang buat minyak naik adalah air…tapi kita jadi problem bila letak santan pekat…tidak percaya cubalah…
Manakala untuk menjadikan masakan korang lebih sedap dan tahan lama, jom kita ikuti pula perkongsian dari Nasimahkota di bawah ini.
Bagi menghasilkan gulai yang lebih sedap dan tahan lama pastikan anda lakukan benda ini!
Selalunya orang yang berniaga akan masak lewat petang dan akan masukkan santan pada keesokkan harinya. Disebabkan oleh itulah, gulai di sesetengah kedai lebih sedap dan tahan lama.
Mudah sahaja kan masak kari dan gulai agar pecah minyak? Barulah masakan korang akan menjadi lebih sedap dan enak. Tidak kira gulai atau kari apa yang korang hendak sediakan, sama ada lembu, kambing atau pun ayam, pastikan anda praktikkan tips di atas ya.
Sumber: Safwan Adnan & Nasimahkota
Baca juga: Bukan Menu Sebarangan, Ini Tips Hasilkan Ikan Rebus Goreng Yang Sedap, Pejal & Wangi!