Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Lelaki Ini Kongsi Tips Untuk Menyediakan Nasi Untuk Nampak Cantik & Lerai, Cara Ini Sudah Diamalkan Selama 13 Tahun

Lelaki Ini Kongsi Tips Untuk Menyediakan Nasi Untuk Nampak Cantik & Lerai, Cara Ini Sudah Diamalkan Selama 13 Tahun

Kategori: ,
TIPS UNTUK MENYEDIAKAN NASI

Di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji dan sesuai dimakan bersama pelbagai lauk-pauk. Bukan sahaja bangsa Melayu, malah bangsa Cina dan India juga mengambilnya dalam pemakanan seharian mereka.

Oleh itu, setiap rumah pasti mempunyai sebekas beras yang akan disimpan untuk dijadikan nasi. Mudah dimasak dengan pelbagai cara, namun masih ramai yang gagal dan tidak tahu teknik sebetulnya untuk menyediakan nasi. Mungkin terlepas tips yang penting.

Tips Untuk Menyediakan Nasi Yang Cantik Dan Lerai

Di laman Facebook, seorang pengguna, Azrul Nasri, telah berkongsi teknik-teknik yang telah diamalkan olehnya untuk menghasilkan nasi yang cantik dan lerai. Menurutnya, setelah memerhati isterinya mencuba pelbagai cara untuk menyediakan nasi, dia akhirnya mencadangkan cara yang diamalkan oleh maknya. Cara ini digunakan ketika berniaga selama 13 tahun.

Saje nak share. Hari tu wife guna teori letak minyak la….ape la…. Untuk nasi nampak cantik dan lerai. Bile sy tgk asal la nasik kuning2 n melekit jadinya….xcntik….rupanya die guna teori konspirasi untuk nasi bagi nmpak cntik n lerai.

Last2 saya ajar dari pengalaman, heheheh. Pengalaman saya tolong mak meniaga 13 tahun la. Nak nasi cantik wajib ada berberapa syarat.

  1. beras elok
  2. Air cukup (biasa 1 cup beras 1 1/2 air)
  3. Api rata
  4. Lepas masak jangan buka penutup… Biar masak wap dalam 15 minit.

Insyallah elok dan cantik secantiknya walau beras biasa sekali pun.

Dulu pun masak nasi kalau banyak tak pakai rice cooker….tenggek dapur je….yg pnting pndai jaga api.

Tips: kalau nak lagi cantik…..lepas nasi tu masak, lepas sejuk ke…..kukus…..insyallah lagi leraii, Sekian.

TIPS UNTUK MENYEDIAKAN NASI

Bagi anda yang mempunyai masalah dalam menyediakannya, boleh ikuti tips mudah yang telah dikongsikan. Cuba dahulu baru tahu.

Semoga info ini membantu anda.

Kredit: Azrul Nasri via MAHN

Baca Juga: Resepi Nasi Tomato Yang Lazat, Memang Mampu Membangkitkan Selera!

tags: