Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat. Ia bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
Seperti perkongsian Hani Azlina yang berkongsi tentang hidangan Betik Masak Lemak Cili Api mendapat perhatian ramai. Sememangnya masakan yang ringkas tetapi sedap dan unik. Jom kita masak Betik Masak Lemak Cili Api ini sama-sama.
Viral Resipi Betik Masak Lemak Cili Api, Wanita Ini Ajar Cara Tumbuk Bahan Untuk Masakan Lagi Sedap!
Bahan-Bahan:
- betik yang dipotong
- ikan bilis
- udang kering
- hirisan bawang merah
- asam keping
- santan
- garam secukup rasa
- serbuk perasa secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Tumbuk ikan bilis dan udang kering. Ditumbuk manja-manja.
- Masukkan ke dalam periuk yang telah dipotong-potong bersama hirisan bawang, asam keping dan renehkan.
- Apabila sudaah menggelak, masukkan santan, garam dan serbuk perasa.
- Siap! Sedap dimakan bersama-sama ikan masin, petai dan sambal belacan! Memang padu.
Wah dah siap Betik Masak Lemak Cili Api kita ni. Memang senang nak buat kan. Hidangan ini unik dan best! Gigit je betik dalam masakan ni confirm merecik habis.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba semuanya!
Sumber: Hani Azlina
Baca juga: Jom Cuba Hidangan Resipi Ayam Masak Thai, Campak-Campak Dah Siap! Memang Sama Rasa Dekat Kedai!