Penampilan diri memainkan peranan yang penting. Jadi tak hairanlah mengapa ada yang sanggup berbelanja sehingga ribuan ringgit semata-mata untuk menjaganya.
Bagi kita yang hidup dalam sederhana, tak perlulah berbuat begitu. Cukup kelihatan kemas dan sejuk mata bila dipandang, janganlah pula memakai sesuatu yang pelik kerana hal itu boleh membuat diri menjadi perhatian ramai.
Oleh itu sebelum keluar dari rumah, pastikan anda memeriksa penampilan diri takut anda ditimpa hal sama oleh wanita ini.
Mungkin ingin menyediakan aiskrim Malaysia di rumah, seorang gadis _fatihahzamuri, telah bergegas ke kedai runcit berdekatan bagi membeli satu pek plastik aiskrim Malaysia.
Namun ketika berada di sana, dia berasa kurang senang apabila dirinya dipandang pelik oleh ramai. Bukan sahaja oleh pekerja kedai tersebut tapi pelanggan lain yang ada turut memerhatikan gelagatnya.
Hairan dengan perkara tersebut, dia cuba untuk tidak menghiraukan mereka dan terus membeli plastik aiskrim yang dicari. Walaupun begitu, bila berada dalam kereta, dia tertanya-tanya mengapa dirinya menjadi perhatian semua orang ketika di sana.
Memeriksa penampilannya dalam cermin, rupanya dia telah menemui puncanya. Mungkin terlalu bergegas dan tak sempat untuk mengemaskan diri, gadis itu hingga lupa untuk membuang tiara yang dipakai di atas kepala. Patutlah orang lain tengok lain macam!
https://www.tiktok.com/@_fatihahzamuri/video/7136896906466250010?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@_fatihahzamuri Patut laa org pandang jee #fyp #masukberanda #fypシ #foryou #pelik ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih
Di ruangan komen pula, orang ramai turut geli hati mendengar kisah wanita itu. Ada juga yang cuba mengusiknya.
“Mesti diaorang ingat ‘Eh, kerabat diraja ker ni?'”, gurau pengguna budaknakalzz_.
Lain kali sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda memeriksa penampilan terlebih dahulu. Yelah, bila di rumah, tak salah pun jika kita ingin menghiasi diri dengan aksesori yang pelik-pelik tapi sebelum keluar, buanglah dahulu. Takut nanti tak pasal-pasal pula kena label kurang waras oleh orang lain gara-gara pemakaian yang ‘unik’.
Kredit: _fatihahzamuri
Baca Juga: Buat Tetamu Majlis Suspen, Pihak Pengantin Hidang Kek Gantung Unik & Sukar Untuk Dipotong