Ikan sardin dari tin amat berguna dan mudah untuk disediakan, terutamanya buat mereka yang sibuk dan tiada masa untuk ke dapur, cuma perlu buka tin, masak seketika dan tambahkan beberapa bahan untuk menyedapkannya.
Namun, tahukah anda bahawa ada beberapa resepi yang ringkas dan enak yang perlu dicuba bersama ikan sardin dari tin? Bagi anda yang ingin mencuba resepi baru, boleh lah cuba resepi gulai lemak sardin yang dikongsikan oleh Liza Idris. Mudah saja!
Resipi Gulai Lemak Sardin
Bahan-Bahan
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 tin sardin
- Minyak masak secukupnya
- 2 tangkai daun kari
- Setengah sudu kecil halba campur
- 2 sudu cili kisar
- 2 sudu rempah kari ikan (cuba jenama ini untuk kari yang lebih sedap)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 cawan air
- 2 biji ubi kentang
- Setengah kotak santan
- Tomato
- Daun kunyit
- Sedikit garam
Cara Penyediaan
- Kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia dengan penggisar.

- Buka tin sardin dan tapiskan sos, ambil isinya sahaja. Ketepikan sos.

- Goreng ikan sardin. Gunakan air fryer untuk elakkan ikan tersebut meletup.

- Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama daun kari dan halba campur. Kacau sehingga kekuningan dan naik baunya.

- Letakkan cili kisar dan kacau sehinggan cili pecah minyak sedikit. Itu bermakna cili sudah masak.

- Masukkan 2 sudu rempah kari ikan. Kacau sehingga sebati dan biarkan pecah minyak lagi.

- Masukkan separuh sos sardin tin.

- Letakkan serbuk kunyit. Kacau sehingga sebati.

- Masukkan secawan air. Boleh lebihkan air jika banyak kuah.

- Masukkan ubi kentang. Tutup periuk dan biarkan ubi empuk sedikit.

- Letakkan ikan sardin yang digoreng tadi.

- Masukkan setengah kotak santan, kacau lagi.

- Letak tomato.

- Daun kunyit jangan dilupa.

- Perasakan dengan garam ikut citarasa penambah selera.

- Siap untuk dinikmati.

Wah, nampak sungguh menyelerakan! Memang enak bila dimakan bersama nasi tapi kalau dicicah dengan roti pun memang kena dengan selera.
Selamat mencuba resepi mudah ini.
Kredit: Liza Idris
Baca Juga: Jom Cuba Resepi Telur Rebus Masak Berlada! Menu Yang Ringkas, Sesiapa Sahaja Boleh Cuba