Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Teringat Dekat Arwah Atuk, Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cekur Kesukaannya.

Teringat Dekat Arwah Atuk, Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cekur Kesukaannya.

Kategori: ,
IKAN PARI MASAK LEMAK CEKUR

Setiap orang mesti mempunyai hidangan yang mengingatkan pada ahli keluarga yang terdekat, kan? Lagi-lagi jika ianya merupakan hidangan kegemaran mereka, terus terbayangkan wajah mereka bila kita menikmati masakan tersebut.

Lebih-lebih lagi bila mereka sudah tiada, hati rasa tersentuh sahaja bila menjamah hidangan kesukaan mereka. Itulah apa yang dirasai oleh Nurul Ema apabila memasak hidangan kesukaan arwah datuknya, ikan pari masak lemak cekur yang sangat enak.

Nak tahu cara untuk menyediakannya? Jom baca perkongsian resepi ikan pari masak lemak cekur yang menjadi kesukaan datuk tersayangnya.

Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cekur

Bahan-Bahan

Bahan Tumbuk

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Ubi cekur
  • Cili api

Bahan Lain

  • Asam keping
  • Santan kotak kecil
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Gula
  • Air

Bahan Dihiris

  • Daun cekur
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit

IKAN PARI MASAK LEMAK CEKUR

Cara Penyediaan

  1. Lumurkan ikan keli dengan garam dan serbuk kunyit. Bakarkan sehingga 3/4 masak dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing.
  3. Kemudian, tambahkan air, santan, asam keping, serbuk lada hitam. Apabila sudah mendidih, tambahkan gula dan garam mengikut citarasa. Perlahankan api.
  4. Tambahkan ikan bakar tadi, hirisan daun dan adjust air dan kepekatan. Masak dengan api yang perlahan supaya santan tidak pecah. Siap untuk dihidang.

IKAN PARI MASAK LEMAK CEKUR

IKAN PARI MASAK LEMAK CEKUR

Nampak mudah sahaja untuk menyediakan hidangan ini, kan? Anda juga boleh menggunakan ikan keli atau ikan kembung jika tidak mempunyai ikan pari dalam peti ais.

Bagi anda yang minat dengan lauk kampung-kampung, boleh lah cuba resepi ikan pari masak lemak cekur ini. Rasa terliur sangat bila tengok gambarnya.

Kredit: Nurul Ema

Baca Juga: Asam Pedas Ikan Pari Original Johor, Kuahnya Pekat Likat Memang Menyelerakan! Licin Di Sapu Satu Periuk

tags: