Roti arab diperbuat daripada tepung gandum dan digoreng sehingga kembang. Ada juga yang membakarnya menggunakan oven. Selain dimakan begitu sahaja, ia juga sedap apabila dicicah dengan sambal sardin atau kuah kari.
Tapi ramai yang ‘takut’ untuk belajar cara membuatnya. Ini kerana mereka menyangka bahawa roti ini sukar untuk disediakan dan memerlukan begitu banyak bahan.
Jangan risau, ikuti sahaja resepi roti arab ini yang telah dikongsikan oleh Ainiey Hashim di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Ringkas sahaja!
Wanita Ini Kongsi Resipi Roti Arab Yang Mudah Saja, Cicah Dengan Sambal Sardin Lagi Sedap
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung gandum – pastikan guna jenama ini
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 1/2 sudu besar yis
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu besar garam
- 1 cawan air suam
Cara-caranya
- Masukkan semua bahan kecuali air dalam satu bekas. Gaul sehingga jadi sama seperti serbuk roti.
- Tambahkan air suam tadi dan uli sehingga tak lekat di tangan dan doh kelihatan gebu.
- Ketepikan doh dan rehatkan selama 30 hingga 45 minit.
- Cukup masa, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian, bulat-bulatkan doh ikut suka anda.
- Leperkan doh dahulu dan goreng dalam minyak yang banyak dan cukup panas. Pastikan api kekal sederhana sahaja.
- Ketika menggoreng, curahkan minyak tanpa henti atas roti supaya jadi kembung.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Siap sudah roti arab ini. Memang tak rugi cuba! Makan dengan kari atau sambal sardin tentu lebih berselera, kan?
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Ainiey Hashim
Baca Juga: Resepi Tepung Pelita Versi Kacau, Sukatan Untuk 25 Bekas, Buat Niaga Pun Boleh!