Siapa sahaja tidak kenal dengan restoran terkenal Secret Recipe. Bila disebut, rata-rata akan mula terbayang aneka kek yang dijual olehnya. Dengan pelbagai pilihan, kek Secret Recipe sentiasa menjadi kesukaan orang ramai.
Boleh didapati dalam bentuk sebiji atau potongan kek, ia sungguh memuaskan bila dinikmati. Namun begitu, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sepotong kek yang dibeli di Secret Recipe.
Terbaharu, seorang wanita memuat naik sebuah video untuk meluahkan rasa kecewa dengan sepotong kek yang dibeli di salah sebuah cawangan Secret Recipe.
Ingin menikmati sepotong kek Secret Recipe, wanita itu membelinya untuk dimakan di rumah. Membeli sepotong, wanita itu bagaimanapun berasa terkejut apabila melihat saiz potongan kek yang telah dibeli.
Terlalu kecil dan tidak puas bila dimakan, dia menyedari bahawa sejak kebelakangan ini, saiz potongan kek Secret Recipe semakin kecil dari sebelumnya. Hal itu membuatnya berasa kecewa kerana harga sepotong kek adalah lebih mahal dari yang biasa dan boleh mencecah hingga RM8 atau RM9.
https://www.tiktok.com/@nrlazfza/video/7090174929391389978?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@nrlazfza Aku sorang jeke perasan potongan kek secret recipe makin kecik 😰😰😰 #malaysia #fyp #raya ♬ original sound – Nor Syamila
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai turut bersetuju bahawa saiz potongan kek di restoran itu adalah sangat jauh berbeza dari yang sebelumnya. Seharusnya, saiz potongan yang diperolehi perlu memadai dengan harga yang dibayar oleh pelanggan.
Tambahan pula, seorang pekerja Secret Recipe turut tampil untuk meluahkan rasa kecewa dengan perkara tersebut. Mereka turut keberatan untuk menghidangkan kek sebegitu pada pelanggan.
Sebagai seorang pelanggan, sudah tentu kita ingin berpuas hati dengan apa yang dibeli. Tapi jika begini, mana-mana pelanggan akan berasa kecewa.
Semoga luahan wanita ini dapat membantu pihak Secret Recipe dalam menambahbaikkan produk yang dijual.
Kredit: nrlazfza
Baca Juga: Pekerja Domino Luah Rasa Kecewa Setelah Dimalukan Oleh Seorang Pelanggan Yang Ada PHD Gara-Gara..