Ikan menjadi bahan mentah yang mudah didapati dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh didapati di pasaran, orang ramai perlu berhati-hati dan membeli ikan yang segar dan elok supaya ia boleh disimpan dan tidak menjejaskan kesihatan.
Walaupun begitu, hal-hal yang tidak diduga akan berlaku. Meskipun pelbagai pihak telah mencuba sebaik mungkin untuk menjaga kebersihan dan kualiti ikan-ikan yang dijual, ada juga perkara yang tidak dapat dielakkan. Ketika membersihkan ikan sebelum disimpan, orang ramai perlu berhati-hati dan melakukannya sebaik mungkin supaya ikan tersebut tidak mempunyai sebarang kotoran atau benda pelik di dalam perutnya.
Terbaharu, seorang wanita berkongsi penemuan yang mengejutkan menerusi perkongsiannya di laman Facebook. Telah membeli beberapa ekor ikan dari pasar yang berdekatan, dia telah membawanya pulang untuk disiang dan disimpan di dalam peti ais sebelum dimasak.
Namun ketika sedang membersihkan ikan-ikan yang dibeli, wanita itu terkejut apabila telah menemui beberapa ekor ulat dari perut ikan yang baru sahaja dibeli. Baru pertama kali menyiang Ikan Lolong, wanita itu berasa seram dan risau bila menemui ulat-ulat tersebut. Tidak pernah menemuinya, dia berasa hairan dan ingin tahu apakah ia.
First time siang ikan lolong ( ikan bermata besar) pstu tgh menyiang ada benda ni? Apa benda nii seram nak pegang. Ada sape-sape tahu?
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasakan ulat yang ditemui oleh wanita itu adalah sejenis parasit yang sering ditemui di mana-mana hidupan laut. Malah ada juga yang menasihatkan untuk membuang ulat-ulat itu.
Ada sebabnya kita dinasihatkan untuk memasak makanan supaya ia kekal bersih dan selamat untuk dimakan. Sebelum memasak, pastikan anda menyiang ikan atau mana-mana makanan laut dengan sebaiknya supaya dapat membersihkannya dari mana-mana parasit atau kotoran yang ada.
Kredit: Iza di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official
Baca Juga: Pernah Kemalangan & Hilang Tangan Kiri, Penebar Roti Canai Ini Tetap Tonjolkan Bakat Yang Hebat