Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sesuai Untuk Menu Petang! Jom Cuba Resepi Roti Bersausage! Buat Untuk Keluarga, Anak-Anak Tentu Suka!

Sesuai Untuk Menu Petang! Jom Cuba Resepi Roti Bersausage! Buat Untuk Keluarga, Anak-Anak Tentu Suka!

Kategori: ,
roti bersausage

Untuk minum petang, mesti lah kita nak sesuatu yang ringkas tapi sedap, kan? Yang penting seluruh keluarga suka. Antara menu mudah yang korang boleh sediakan adalah roti bersausage.

Menu ini ringkas saja. Kalau dah bosan dengan biskut atau kuih muih untuk minum petang, boleh cuba resepi roti bersausage yang dikongsikan Maslinda Moktar di Facebook. Nampak sedap!

Resepi Roti Bersausage

Bahan-Bahan

  • Roti 6 keping
  • Sausage 3 ketul
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Tepung gandum 5 sudu
  • Garam
  • Pes turmeric + garlic D’ chef (boleh beli dekat sini) atau serbuk kunyit
  • Air untuk membancuh
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Penyediaan

  1. Carik roti untuk menjadi kepingan kecil.
  2. Potong kecil-kecil semua bahan dan campurkan di dalam bekas. Letakkan air sikit-sikit dan kacau sehingga sebati. Jangan pekat atau cair sangat. Agak-agak.
  3. Panaskan minyak. Sebelum mula menggoreng, masukkan 2 sudu minyak panas itu dalam adunan dan kacau hingga rata. Ini akan memberikan hasil yang ranggup.
  4. Sudukan adunan ke dalam kuali. Bila sudah kekuningan atau garing, boleh angkat. Dah siap!

Menu kali ini mudah dan bahan-bahan pun anda boleh dapati dengan mudah. Sambil itu, boleh juga ajak anak-anak untuk turut sama-sama menyediakan hidangan ini. Mudah saja, kecil-kecil macam ini la perlu mengajar masak.

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa hidangkan dengan sos chili thai! Lagi best!

Kredit: Maslinda Moktar

Baca Juga: Resepi Roti Sosej Street London Yang Padu, Rasa Dia Sebiji Macam Dekat London!

tags: |