Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sekali Cuba, Terus Jatuh Hati! Ini Dia Resepi Tomyam Spaghetti Yang Pedas Dan Berkrim!

Sekali Cuba, Terus Jatuh Hati! Ini Dia Resepi Tomyam Spaghetti Yang Pedas Dan Berkrim!

Kategori: ,
tomyam spaghetti

Menu spaghetti makin lama makin mendapat sambutan di negara ini. Merupakan antara makanan ala Barat yang terkenal, kini terdapat pelbagai resepi spaghetti yang anda boleh cuba seperti spaghetti aglio olio, spaghetti salted egg, buttermilk spaghetti, dan banyak lagi.

Tapi pernahkah anda mencuba tomyam spaghetti yang sangat enak dan berkrim? Untuk sedikit kelainan, anda boleh lah cuba resepi yang dikongsikan oleh Shida Ambok di group Masak Apa Hari Ni. Nampak sungguh menyelerakan. Nak tahu? Jom baca perkongsian penuh resepi ini.

Resepi Tomyam Spaghetti Yang Pedas Dan Berkrim

Bahan-Bahan

  • Sepeket spaghetti
  • Butter
  • 2 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • Isi ayam
  • 2 cawan susu full cream
  • 2 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 4 helai daun limau purut
  • Daun bawang

Cara-Cara Penyediaan

  1. Celur spaghetti mengikut arahan dari paket. Angkat dan toskan. Kemudian, ketepikan.
  2. Cairkan butter dalam periuk yang panas. tomyam spaghetti
  3. Tumiskan bawang holland yang dipotong dadu dan bawang putih yang dicincang hingga naik bau. tomyam spaghetti
  4. Masukkan serai yang dipotong di ikuti pes tomyam ke dalam periuk. Kacau sampai rata. tomyam spaghetti
  5. Setelah itu, masukkan isi ayam yang dah dipotong kecil. Biarkan kesemuanya masa sampai sebati. Kemudian, masukkan susu. tomyam spaghetti tomyam spaghetti
  6. Masukkan spaghetti yang telah dicelur bersama dengan cili padi, daun bawang, tomato dan daun limau yang telah dipotong atau racik. tomyam spaghetti
  7. Masak sekejap dan tutup api.
  8. Sedia untuk dihidang. tomyam spaghetti

Rupanya mudah sahaja nak buat tomyam spaghetti sendiri di rumah. Dengan beberapa bahan sahaja dah siap! Untuk peminat masakan pasta dan Thai, anda boleh lah cuba resepi ini. Dijamin puas hati teruk!

Selamat mencuba.

Kredit: Shida Ambok via MAHN

Baca Juga: Resepi Spaghetti Carbonara Yang Ringkas, Tak Perlu Guna Sos Hanya Guna Susu Dan Cheese Je. Jom Kita Cuba!

tags: