Makanan bergoreng sering dijadikan pilihan untuk minum petang. Cucur dan pisang goreng sering menjadi pilihan utama. Selalunya, ia dinikmati bersama secawan teh atau kopi yang panas.
Bagi anda yang ingin mencuba menu minum petang yang baru untuk seisi keluarga, boleh lah cuba resepi tempe goreng tepung oleh Sri Rahayu. Nak tahu? Jom baca perkongsian penuh resepi mudah ini.
Memang mudah sahaja untuk sediakan tempe goreng tepung ini, kan? Cuma perlukan beberapa bahan sahaja dah boleh menikmati menu petang yang enak bersama keluarga anda.
Kalau dah bosan dengan pelbagai cucur, pisang goreng atau kuih muih, anda memang perlu cuba resepi ini. Jika mahu lebih jimat dan mudah, boleh juga gantikan tepung gandum dan jagung yang digunakan dalam resepi ini dengan tepung Bestari. Dijamin rasanya tetap sedap dan puas hati bila dimakan.
Kredit: Sri Rahayu via MATJHN OFFICIAL