Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Beranak Tak Lepas Ni..” Warganet Keliru Melihat Rupa Ayam Istimewa, Sampai Takut Nak Makan.

“Beranak Tak Lepas Ni..” Warganet Keliru Melihat Rupa Ayam Istimewa, Sampai Takut Nak Makan.

Kategori:
ayam istimewa

Tak semua makhluk dilahirkan sempurna. Kejadian ini bukan sahaja terbatas pada manusia, malah banyak haiwan juga dilahirkan istimewa. Samada kekurangan atau terlebih sifat, perkara itu amatlah menyayat hati.

Bagi umat Islam, haiwan yang disembelih bukan sahaja perlu dikategorikan sebagai haiwan yang halal untuk dimakan tapi juga mestilah sempurna, tidak cacat dan tidak mengalami sebarang luka-luka.

Ayam Istimewa Buat Warganet Berasa Hairan.

Di laman TikTok, seorang pengguna, ayamsejahtera_  memuat turun sebuah video pendek yang memaparkan rupa ayam istimewa yang sangat menghairankan. Jelas ayam itu bukan yang biasa ditemui kerana mempunyai kaki extra.

@ayamsejahtera_ 1 dalam seribu🐔#ayamsegar #fypシ ♬ original sound – ɴᴀᴍɪᴇ

Ayam Istimewa, Mesti Terlebih Laju.

Memandangkan ayam itu lahir dengan terlebih sifat, warganet bergurau bahawa ia mesti mempunyai kelajuan yang lebih hebat jika dibandingkan dengan ayam biasa. Memang jenuh nak tangkap!

Boleh Makan Ke?

Di ruangan komen, ada juga yang berasa ‘seram’ dengan rupa ayam itu sehingga risau untuk dimakan. Melihat sifatnya, ramai yang memberitahu bahawa ianya salah untuk disembelih.

“Ini Baru Betul Cap Kaki Tiga!”

Tambah warganet, rupa ayam itu serupa dengan minyak cap kaki tiga yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia.

Sekali tengok rupa ayam istimewa itu, kita sendiri sudah berasa hairan. Memang ajaib betul ciptaan Tuhan. Seeloknya sebelum menyembelih atau makan haiwan yang berupa seperti ini, kaji dahulu supaya tidak melanggar mana-mana hukum.

Kredit: TikTok ayamsejahtera_ 

Baca Juga: “Buat Masak Jangan Cincai, Jadi Darah Daging Tu..” Putus Nikmat Sup Ayam Bila Terjumpa ‘Benda’ Pelik, Warganet Nasihat Jangan Leka.

tags: | |