Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Garlic Chili Oil Yang Selalu Diminta Orang, Sangat Sesuai Dimakan Bersama Semua Hidangan

Ini Resipi Garlic Chili Oil Yang Selalu Diminta Orang, Sangat Sesuai Dimakan Bersama Semua Hidangan

Kategori: ,
Garlic Chili Oil

Jika dilihat, orang Asia sangat menggemari penggunaan chili oil dalam masakan mereka, terutamanya masakan negara China. Rasanya yang pedas serta berempah menjadi pelengkap mana-mana hidangan. Ia juga sering diletakkan dalam sup atau dumplings.

Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, anda boleh cuba resepi garlic chili oil yang telah dikongsikan oleh Zurina Zulkefli. Resepi yang sering diminta ramai, inilah caranya.

Resipi Garlic Chili Oil

Bahan-Bahan:

  • 2 sudu besar chili flakes (resepi ini menggunakan Gochugaru tapi anda juga boleh gunakan chili flakes biasa) GARLIC CHILI OIL
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • 7 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil tak boleh guna api yang besar, nanti cepat hangus. GARLIC CHILI OIL
  2. Masukkan dahulu bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. GARLIC CHILI OIL
  3. Kemudian, masukkan bawang putih. Gaul dan masak seketika. GARLIC CHILI OIL
  4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan sebab kita tak nak bawang putih rasa pahit. GARLIC CHILI OIL
  5. Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus. Kemudian, terus padamkan api. Jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus dan kehitaman.
  6. Siap untuk dinikmati.

Mudah sahaja untuk menyediakan garlic chili oil sendiri, kan? Sangat sesuai digunakan dalam pelbagai resepi, kalau anda seseorang yang sangat menggemari makanan pedas, boleh lah tambahnya dalam masakan.

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan pada kawan-kawan anda.

Kredit: Zurina Zulkefli

Baca Juga: Perlu Cuba Resepi Bingka Pulut, Kuih Tradisional Yang Mudah Sahaja Untuk Buat Sendiri Di Rumah

tags: | |